• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Penjual Kuetiau Sumbang Emas Buat Negara

oleh Ahmad Albab
11/09/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bapa mana yang tidak berbangga apabila anaknya yang pernah menjual kuetiau di ibu kota satu masa dulu, kini menjadi penyumbang emas kepada negara pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil.

Itulah perasaan Zolkefli Othman yang jelas berbangga apabila anaknya Muhammad Ziyad mengotakan janji untuk menghadiahkan pingat emas buat keluarganya dan negara dalam acara lontar peluru yang disertainya.

Lebih manis lagi kilauan emas itu merupakan hadiah sempena ulang tahun kelahiran Zolkefli ke-62 pada 1 September lalu, pada hari beliau menghantar atlet paralimpik itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Rio de Janeiro.

Muhammad Ziyad, 26, melalui acara F20 (masalah pembelajaran) turut mencipta rekod dunia baharu dengan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau di temasya sukan berprestij itu pada Sabtu.

“Masa saya hantar Ziyad di KLIA pada 1 September lepas, hari itu adalah hari jadi saya. Dia ada berjanji kepada saya akan membawa pulang hadiah pingat emas. Kami sekeluarga sangat gembira dengan kejayaannya,” kata Zolkefli kepada Bernama.

Seorang lagi atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi meraih emas pertama negara dalam acara 100m T36 lelaki (celebral palsy).

Zolkefli berkata ibu bapa yang mempunyai anak seperti Muhammad Ziyad perlu sentiasa mendekati anak masing-masing kerana mereka mempunyai kelebihan luar biasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata: “Ziyad tidak suka menyusahkan orang. Beliau sangat berdikari serta pandai memasak. Sebelum dia ke Majlis Sukan Negara, Ziyad berniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman menjual kuetiau.

“Ziyad memang seorang anak yang tidak pernah putus asa dan rajin sejak zaman sekolah lagi. Ziyad sukakan kerja berat. Ketika bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah di Kelantan, dia melakukan kerja bina rumah apabila cuti sekolah.”

Beliau berkata Muhammad Ziyad, anak sulung daripada empat beradik, meminati sukan sejak zaman sekolah rendah dan menengah.

“Saya masih ingat lagi anak saya bermula darjah lima baru tahu membaca. Ziyad dibantu oleh seorang guru wanita berbangsa India sehingga beliau mendapat nombor tiga dalam kelas ketika itu.

“Ziyad dikelilingi oleh orang yang sangat menyayanginya, kebolehannya ini juga adalah hasil bantuan gurunya yang berbangsa Cina di Kelantan. Sehingga kini gurunya itu masih mengikuti perkembangannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Paralimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Mungkin Dibatalkan Sebagai Penganjur

28/01/2019
0

KEJOHANAN Renang Para Dunia yang bakal berlangsung di Sarawak Ogos ini masih dalam perbincangan selepas keputusan Malaysia melarang kontinjen Israel...

Para 2017 Petanda Positif Hadapi Para Asia 2018

24/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Malaysia menutup kempen acara olahraga Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (APG 2017) di Stadium Nasional Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd