• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutipan Derma NGO Tak Mustahil Didalangi Daesh

oleh Ahmad Albab
11/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aktiviti kutipan derma oleh badan bukan kerajaan (NGO) tidak diiktiraf yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, tidak mustahil didalangi kumpulan militan Daesh yang bertujuan mengutip dana bagi menampung aktiviti mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pithcay berkata dana yang dikumpul itu dipercayai digunakan untuk menyebarkan ideologi dan propaganda mereka, selain membiayai kegiatan Daesh di Syria.

“Kemungkinan dana yang dikumpul mereka (NGO yang tidak diketahui asal-usulnya) ada disalurkan di sana (Syria) dan ia perlu ditapis berikutan terdapat beberapa kes sedemikian sebelum ini.

“Mereka yang ingin mengutip derma untuk tujuan kemanusiaan perlulah berdaftar dan diiktiraf terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kutipan derma,” katanya dalam temubual eksklusif kepada Bernama.

Beliau turut mengingatkan rakyat negara ini yang sememangnya ‘pemurah’, agar memberi sumbangan atau derma mengikut saluran yang betul dan rasmi.

“Saya menyarankan rakyat negara ini agar memberi derma kepada NGO yang diiktiraf sahaja dan dinasihatkan tidak memberi derma kepada NGO yang tidak diketahui asal-usulnya,” katanya.

Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin turut bersetuju dengan perkara yang diutarakan Ayob Khan.

Beliau mencadangkan sesuatu pertubuhan NGO itu perlu mendapatkan permit kebenaran daripada polis untuk kegiatan meminta derma.

“Mereka perlu mendapatkan permit terdahulu daripada polis untuk meminta derma, jika tiada permit yang sah kegiatan mereka tidak dibenarkan.

“Selepas dapat permit daripada polis, mereka perlu mengisytiharkan dana yang dikutip hasil derma kepada polis. Ini tidak, siapa-siapa sahaja boleh meminta derma tanpa diketahui asal-usulnya,” katanya.

Zamihan berkata elemen meminta derma ini sudah menjadi trend yang boleh menimbulkan kegiatan militan Daesh.

“Kita tidak tahu siapa yang sebenarnya kutip derma itu kerana semuanya gunakan atas nama NGO di mana ada yang daftar dan tidak daftar.

“Jika boleh saya menyarankan kerajaan perlu mendapatkan audit daripada sesuatu NGO itu dalam masa enam bulan sekali baru boleh lihat pergerakan dana itu,” katanya.

Sementara itu, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, Engku Ahmad Fadzil Engku Ali mencadangkan kepada kerajaan agar mewujudkan sebuah akaun rasmi seperti bank negara bagi NGO memasukkan hasil dana mereka.

“Akaun rasmi ini akan berfungsi sebagai tempat saluran rasmi untuk NGO yang berdaftar memasukkan dana-dana mereka sebelum ia disalurkan untuk tujuan kemanusiaan.

“Ini adalah untuk mengelakkan mana-mana NGO yang tidak berdaftar atau tidak diketahui latar belakangnya mengambil kesempatan dengan menyalahkangunakan dana yang dikutip untuk disalurkan kepada kegiatan militan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd