• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Kena Faham Terlebih Dulu Perlembagaan FAM – KJ

oleh Ahmad Albab
10/09/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menasihatkan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes yang menawarkan diri menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), agar memahami perlembagaan FAM terlebih dahulu.

Khairy berkata sebagai sebuah persatuan sukan, badan induk bola sepak negara itu mempunyai perlembagaan tersendiri, dan tidak memerlukan persetujuan beliau.

“Itu (pemilihan Presiden FAM) terpulang pada ahli gabungan FAM dan secara jelas dalam perlembagaan ada dinyatakan kaedah pemilihan (jawatan) sama ada melalui pemilihan Kongres FAM dan mendapat sokongan ahli gabungan.

“Jadi kalau hendak jadi Presiden FAM, perkara pertama nasihat saya kena faham perlembagaan. Kalau suruh menteri jawab itu maknanya dia tidak faham perlembagaan.

“Menteri tidak boleh tentukan sebab FAM dipilih secara demokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sik di sini hari ini.

Khairy mengulas laporan media yang menyatakan kesediaan Tony yang juga pemilik kelab bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) untuk menerajui FAM sekiranya diberi peluang.

Dalam kenyataannya Tony dikatakan meminta media untuk bertanyakan kepada Khairy selaku Menteri Belia dan Sukan sekiranya mahu beliau (Tony) menjadi Presiden FAM.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khairy percaya kontinjen negara di Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil mampu menyumbang pingat dalam tiga acara akhir olahraga esok iaitu lontar peluru, lompat jauh dan 100 meter lelaki.

Tiga atlet paralimpik yang akan menggalas cabaran pada pagi esok ialah Ziyad Zulkifli (lontar peluru F20), Mohd Ridzuan Mohd Puzi (100 meter lelaki T36) dan Abdul Latif Romli bagi acara lompat jauh T20.

“Kita tidak sasarkan warna pingat tapi kita yakin ketiga-tiga atlet ini mampu sumbang pingat untuk negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMTONY FERNANDES
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd