• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umrah, Lawatan Old Trafford Ganjaran Buat Melaka United

oleh Ahmad Albab
10/09/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pakej menunaikan umrah dan lawatan ke Old Trafford, stadium kelab gergasi England iaitu Manchester United, merupakan antara ganjaran yang bakal diterima pemain Melaka United setelah bergelar juara Liga Perdana musim ini.

Pengurus pasukan Melaka United, Datuk Mohd. Yusuff Mahadi berkata lawatan ke Old Trafford merupakan ganjaran diberi penaja pasukan Sang Kancil itu iaitu syarikat Mamee Double-Decker, manakala pakej umrah merupakan sumbangan pihak yang menyokong penuh pasukan tersebut namun enggan dikenali.

“Ganjaran yang lain daripada presiden (Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Seri Idris Haron juga Ketua Menteri Melaka) atau daripada negeri sekiranya ada akan diumumkan presiden (Idris) sendiri nanti.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan semua yang menyokong, pemain, jurulatih serta pegawai Melaka United hingga kita bergelar juara Liga Perdana,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau ditemui selepas perlawanan Melaka United menentang Johor Darul Ta’zim II di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini menyaksikan keputusan seri 1-1. Bagaimanapun Melaka United yang meraih 49 mata muncul juara liga, berkelebihan tujuh mata ke atas PKNS FC dengan baki dua perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Melaka United, Mohd. Zan Mat Aris berkata keputusan satu mata yang diperoleh pasukannya itu sudah cukup bermakna bagi melayakkan Melaka United bergelar juara Liga Perdana dan layak ke Liga Super musim depan.

“Matlamat kita memang tiga mata atau satu mata tetapi sudah mendapat satu mata itu pun sudah sangat berharga dan jadikan kita juara. Yang penting walaupun seri dengan JDT II tetapi kita juara Liga Perdana,” katanya. – BERNAMA

Tags: Melaka United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd