• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki, Wanita Ditahan Seludup Ecstasy Bernilai RM470,400

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah ecstasy bernilai RM470,400 selepas menahan seorang lelaki dan wanita yang dalam perjalanan ke Sarawak, di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kedua-dua mereka yang berasal dari Sarawak itu ditahan pada kira-kira 8.50 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kulai bersama pasukan polis bantuan lapangan terbang terbabit.

“Ecstasy yang dirampas itu adalah dalam bentuk pil dan serbuk yang dianggar seberat lebih 2 kilogram. Selain dadah, polis turut merampas sebuah kereta Proton Waja daripada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata siasatan mendapati mereka yang mengaku sebagai rakan itu mengambil penerbangan ke Sibu, Sarawak pada 9.30 pagi sebelum ditahan selepas dua anggota polis bantuan mengesan bungkusan mencurigakan di dalam bagasi sewaktu melalu mesin pengimbas.

Beliau berkata maklumat risikan mendedahkan dadah tersebut adalah untuk pasaran tempatan dan ia mampu digunakan oleh 7,840 pengguna.

Katanya pemeriksaan mendapati lelaki dan wanita berumur 40 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau, namun, seorang daripada mereka positif amphethamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes dadahseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd