• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Astro Cadang Ambil Alih Capital FM Pada RM42 Juta

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro) bercadang mengambil alih 100 peratus kepentingan ekuiti Capital FM Sdn. Bhd. pada harga RM42 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Astro berkata anak syarikat milik penuhnya, Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., sudah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Star Media Group Bhd. dan Star RFM Sdn. Bhd., bagi membeli 4,999,999 saham biasa dan satu saham biasa dalam Capital FM Sdn. Bhd.

Capital FM adalah pemegang lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP) yang membolehkannya menyiarkan stesen-stesen radio Capital FM dan Red FM.

“Selepas pengambilalihan itu, Measat berhasrat melakukan penjenamaan semula dan penyiaran dua stesen berkenaan secara ke udara dan platform dalam talian,” kata Astro.

(Nota: Capital FM hanya di Lembah Klang/Pahang Barat/Perak Selatan 88.9 serta Pulau Pinang/Perak Utara/Kedah Selatan 107.6 manakala Red FM di Lembah Klang/Pahang Barat 104.9; Pulau Pinang/Kedah/Perlis 98.1; Perak 1o6.4; Pahang Timur 91.6; Melaka/Negeri Sembilan 98.9; Johor 92.8)

Astro yakin berikutan kekurangan spektrum radio dan frekuensi di Malaysia, pengambilalihan Capital FM beserta Lesen CASP dan frekuensi radionya menjadi cara terbaik mengembangkan jangkauan sedia ada serta format kandungan bagi menyasarkan khalayak baharu serta meningkatkan pendapatan pengiklanan.

Measat berhasrat menggunakan dana dalaman bagi tujuan pengambilalihan serta pembiayaan keperluan Capital FM.

“Pengambilalihan itu dijangka tidak memberi sebarang kesan utama terhadap pendapatan, aset kasar serta hutang syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2017,” katanya.

Sewaktu ditutup hari ini, saham Astro susut tiga sen kepada RM2.90. – BERNAMA

(Nota: Astro ketika ini mengendalikan sejumlah stesen iaitu Hitz FM, Mix FM, Lite FM, Era FM, Sinar FM, Melody FM, My FM, THR Raaga dan THR Gegar manakala Star turut mengurus stesen radio 988 FM dan Suria FM.)

Tags: astroMEASAT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penonton Astro Melonjak Semasa PKP

01/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Jumlah penonton TV Astro meningkat sebanyak 43 peratus manakala masa harian yang dihabiskan untuk menonton melonjak 30...

Perlawanan MU Tidak Disiar Di Saluran Kartun

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Bertenang penyokong Manchester United!  Perlawanan melibatkan juara Liga Perdana Inggeris 20 kali itu tidak akan disiarkan menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd