• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Dilanggar Lori Ketika Menukar Tayar Bocor

oleh
10/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT - Tiga lelaki yang sedang menukar tayar bocor maut selepas dilanggar lori di Kilometer 21.9 Lebuhraya ELITE berdekatan Hentian Rehat dan Rawat Dengkil, dekat sini, kira-kira 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Zailan Tasir berkata, siasatan awal pihaknya mendapati semua mangsa termasuk Leong Chee Keong, 49, yang juga pemilik pacuan empat roda berhenti di lorong kecemasan untuk menukar tayar kereta terbabit.

“Namun, lori dipandu lelaki berusia 57 tahun di lorong paling kiri dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar kenderaan berkenaan.

“Perlanggaran itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa termasuk seorang warga Bangladesh meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya.

Warga Bangladesh dikenal pasti sebagai Md Monirul Islam manakala seorang lagi mangsa maut belum dikenal pasti identitinya.

Menurut beliau, pemandu lori itu bagaimanapun hanya cedera ringan dan ditahan bagi membantu siasatan. - myMetro Online

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd