• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Beri Lesen Kepada Pemaju, Lagi Beban Pembeli!” – PPIM

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

“PEMBELI boleh mati!” demikian kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan apabila diminta mengulas mengenai cadangan bahawa pemaju boleh menyediakan pinjaman perumahan.

Baca: Pembeli Rumah Bakal Masuk Mulut Buaya, Apa Sudah Jadi?

Juga: KPKT Cadang Pemaju Sebagai Pemberi Pinjaman

Ini susulan cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar yang bakal memberi lesen kepada pemaju perumahan untuk menyediakan pinjaman kepada pembeli untuk projek hartanah mereka.

Nadzim berkata, memberi lesen pinjaman kepada pemaju perumahan boleh meningkatkan kes jenayah seperti kes pinjaman kepada along.

“Cadangan itu sebenarnya baik. Tetapi kita mahu yang terbaik untuk pengguna yang mahu membeli rumah sendiri.

“Kita takut, cadangan yang tergesa-gesa dengan memberi lesen kepada pemaju boleh membawa kepada masalah yang lain seperti kes-kes along atau pinjaman wang berlesen.

“Masalah along di negara ini pun masih lagi tidak selesai, takkan kita nak tambah beban lagi.

“KPKT perlu dapatkan maklumat dan pendapat orang ramai khususnya stakeholder sebelum meluluskan pemberian lesen kepada pemaju,” katanya kepada Mynewshub, sebentar tadi.

Sementara itu, Nadzim turut menyifatkan kadar faedah yang bakal dikenakan pemaju perumahan sehingga 18 peratus kepada pembeli mereka sebenarnya sebagai ‘mencekik darah’.

“Dengan kadar faedah sehingga 18 peratus yang ditetapkan pemaju. Pembeli boleh mati!

“Tambahan pula, siapa authorities yang akan menjaga perihal pinjaman daripada pemaju ini? Apa yang berlaku sekiranya gagal dilunaskan oleh pembeli pula?

“Oleh itu PPIM berharap, kaji sebaik mungkin sebelum laksanakan pemberian lesen ini agar tidak mendatangkan masalah kemudian hari,” katanya lagi.

Terdahulu, Noh dalam satu kenyataannya memberitahu pemaju boleh memohon lesen pinjaman wang untuk menyediakan kemudahan pembiayaaan perumahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011.

Jelasnya, kemudahan itu disediakan bagi membolehkan pemaju menyediakan pinjaman perumahan untuk membantu pembeli yang berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan termasuk bank. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Noh OmarPPIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd