• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Suspek Samun Pemandu Kereta Tertidur Ditahan

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Seorang pengawal peribadi dan seorang penganggur yang dipercayai sering melakukan kegiatan pecah cermin kereta dan curi barangan milik mangsa tertidur atau mabuk dalam kereta di sekitar Lembah Klang, ditahan di Bandar Puteri di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata kedua-dua lelaki berusia 20-an dan 40-an itu ditahan ketika sedang melarikan barangan peribadi milik seorang pekerja swasta yang tertidur dalam keretanya kerana keletihan pada 1.30 pagi.

“Pasukan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang melakukan rondaan Op Cantas Khas 2, mengesan kereta yang dinaiki suspek yang diletakkan di sebelah kereta mangsa di hadapan sebuah kedai serbaneka.

“Pemerhatian polis mendapati seorang daripada suspek keluar daripada kenderaan mereka sebelum membuka pintu hadapan kereta mangsa dan cuba melarikan barangan peribadi miliknya,” katanya pada sidang media di IPD Serdang di sini hari ini.

Megat Mohd Aminuddin berkata polis menahan dua lelaki itu yang cuba melarikan diri sebaik mangsa menjerit meminta tolong apabila tersedar daripada tidur.

Beliau berkata polis turut merampas peralatan pecah cermin kereta, telefon bimbit milik mangsa dan kunci kereta Honda CRV daripada dua lelaki itu.

Pemeriksaan lanjut mendapati pengawal peribadi berusia 40-an itu mempunyai satu rekod kes jenayah lampau.

“Kegiatan ini dipercayai telah dilakukan sejak setahun lepas dan kami masih mengesan saki-baki suspek lain yang dipercayai melakukan jenayah dengan modus operandi sama.

“Modus operandinya ialah menyasarkan individu mabuk yang tidur dalam kereta sebagai mangsa samun, namun jumlah mangsa setakat ini belum dapat dipastikan,” katanya.

Kedua-dua lelaki itu ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – BERNAMA

Tags: Penganggurpengawal peribadisamun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd