• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Cedera Kereta Terjunam Gaung Di Genting Highlands

oleh AK-47
10/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Empat lelaki yang dalam perjalanan ke Genting Highlands melalui detik mencemaskan apabila kereta yang dinaiki mereka terjunam ke gaung sedalam 60 meter, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong DSP S. Somu berkata dalam kejadian pukul 5 pagi itu, pemandu kereta S. Vijayavarman, 27, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana cedera di kepala dan patah kaki kanan.

Beliau berkata penumpang hadapan yang hanya dikenali sebagai Dash pula dihantar ke Hospital Selayang bersama seorang lagi mangsa S. Surenraj, 21, yang patah tangan kiri manakala P. Kirenraj, 27, dirawat di Hospital Bentong kerana luka di badan.

“Mangsa dipercayai menuju ke Genting Highlands dari arah Ambercourt.

Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Toyota Corolla itu hilang kawalan semasa melalui jalan berselekoh menuruni bukit dan cuaca hujan serta berkabus.

“Kereta mangsa kemudiannya terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum terjunam ke dalam gaung. Mangsa dibawa naik dengan bantuan polis, bomba dan polis bantuan Genting Highlands,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Somu berkata kemalangan mengakibatkan kereta itu rosak teruk dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat. – BERNAMA

Tags: gaunggenting highlandkemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd