• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Digesa Pantau Penimbang Berat Di Pasar Basah

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga di pasar basah yang menggunakan alat penimbang berat mekanikal tidak tepat (timbang dua muka) untuk menipu pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata tinjauan pihaknya di beberapa pasar basah di Pulau Pinang baru-baru ini, menunjukkan terdapat alat penimbang berat yang memaparkan pelekat penentu ukur tidak dipaparkan kepada pengguna.

“Sepatutnya pelekat penentu ukur itu perlu atau dapat dilihat pengguna supaya mereka pasti akan ketepatan alat penimbang berat itu agar mereka tidak tertipu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di samping isu pelekat penentu ukur, katanya CAP juga mendapati alat penimbang berat digunakan kebanyakan peniaga kurang memuaskan memandangkan jarum petunjuk tidak bermula daripada ‘0’ atau sifar, dan kadang kala jarum pada permukaan plastik yang telus itu juga kotor menyebabkan bacaan pada jarum itu menjadi sukar.

“Peniaga perlu menghantar alat penimbang berat mereka untuk penentuan ukur setiap tahun di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dan pihak kementerian perlu mempertimbangkan dengan serius mencetak tahun penentu ukur dalam huruf terang yang besar pada pelekat penentu ukur untuk memudahkan pengguna membacanya,” kata beliau.

Mohamed Idris berkata peniaga juga perlu diingatkan bahagian alat penimbang dengan pelekat penentu ukur perlu dipamerkan dengan jelas di depan pengguna supaya mereka dapat melihat sendiri jumlah barang ditimbang.

Katanya KPDNKK juga perlu memastikan setiap pasar mempunyai dua alat penimbang berat dengan satu daripadanya digunakan bagi barangan halal untuk pengguna mengesahkan berat barangan jika mereka meraguinya.

Beliau berkata nombor telefon pihak berkuasa juga perlu disediakan secara jelas di kawasan pasar bagi memudahkan pengguna menghubunginya jika mereka mempunyai sebarang aduan berhubung kekurangan berat, kenaikan harga barangan utama atau amalan perniagaan tidak sihat.

“Jadi CAP berharap pihak KPDNKK dapat membuat pemantauan dan pemeriksaan serta mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang cuba menipu pengguna dalam perniagaan mereka,” katanya. -BERNAMA

Tags: alat penimbangKementerian Dalam NegeriKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bajet 2022: Kementerian Pertahanan RM16 Bilion, KDN RM17 Bilion

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masing-masing diperuntuk dana sebanyak RM16 bilion dan RM17 bilion dalam...

Dukacita KDN Enggan Semak Semula Syarat

18/09/2021
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan dukacita terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enggan menyemak semula syarat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd