• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perompak Bakar Rumah, Gagal Temui Barang Berharga

oleh AK-47
10/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA gagal menemui apa-apa barang berharga, dua perompak bertindak ganas membakar sebuah rumah yang dipecah masuk kira-kira pukul 2.53 pagi pada Rabu lalu.

Dalam kejadian di Kampung Permatang Badak, Kuantan, Pahang itu, dua suspek berusia dalam lingkungan 30 tahun dipercayai membakar bahagian ruang tamu rumah sebelum melarikan diri.

Perbuatan mereka diperhatikan oleh seorang penduduk kampung yang terserempak melihat kelibat dua lelaki mencurigakan masuk ke dalam rumah mangsa hampir setengah jam.

Saksi yang bimbang dirinya dicederakan, hanya menunggu dari jauh sebelum melihat api marak secara tiba-tiba dari rumah mangsa sehingga memusnahkan keseluruhan rumah.

Bagaimanapun, saksi gagal mengenal pasti kedua-dua suspek kerana persekitaran gelap.

Susulan kejadian itu, pemilik rumah tinggal sehelai sepinggang dan gagal menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting.

Harian Metro melaporkan Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, Mohd. Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, tiga jentera dan tanker bergegas ke lokasi untuk mengawal kebakaran bagi mengelak merebak ke kawasan berhampiran.

Namun, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: perompakRumahTerbakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd