• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SMK Langkawi Wakili Malaysia Cabaran Roket Asia Pasifik

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba dipilih mewakili Malaysia ke pertandingan Water Rocket Asia Pasifik Ke-23 di Laguna, Filipina pada November depan.

Anggota Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad hari ini berkata pemilihan itu dibuat selepas kejayaan wakil sekolah itu, Khairul Ikmal Hakim Nurisyam, 14, dan Rohizad Zarain, 15, pada Kejohanan Roket Kebangsaan di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

“Ini merupakan sejarah bagi Langkawi dan Kedah kerana SMK Langkawi Pulau Tuba dapat mewakili Malaysia ke kojahanan berkenaan,” katanya selepas meraikan kedua-dua pelajar itu di pejabatnya di sini.

Seluruh penduduk Langkawi berasa bangga dengan kejayaan mereka, katanya, dan berharap kedua-dua pelajar itu akan mengharumkan nama Langkawi dan Kedah di peringkat antarabangsa seperti pelayar kebangsaan Khairul Nizam Mohd. Afendi yang mewakili Malaysia ke Olimpik Rio Brazil baru-baru ini.

Sementara itu, Nawawi berkata pihaknya dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah akan menganjurkan pertandingan reka cipta kapal terbang kawalan jauh sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2017) dalam kalangan pelajar sekolah di Langkawi.

“Saya berharap pertandingan ini akan diadakan secara besar-besaran bagi menarik minat pelajar dalam industri penerbangan,” katanya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan RM10,000 untuk menjayakan pertandingan itu yang julung kali diadakan. – BERNAMA

Tags: Langkawiroket
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd