• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dakwa Pegawai Imigresen Rasis

oleh AK-47
08/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“APA kaitan Cina dengan cara saya berpakaian.” Itu yang dilontarkan seorang wanita selepas seorang pegawai Imigresen didakwa berkelakuan biadap terhadap ibu bapanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Wanita yang dikenali sebagai Gillian Benjamin meluahkan rasa tidak puas hati melalui laman Facebook mengenai layanan buruk pegawai tersebut terhadap ibunya yang seorang OKU dan bapanya.

Gillian memuat naik luahannya di Facebook pada Selasa lalu dan mendakwa pegawai wanita itu menjerit kepada ibu dan bapanya walaupun jarak kaunter itu begitu dekat.

“Dia jerit ‘Helo! Pergi kaunter 31! Eh! Helo! Kaunter 31! 31!’ Jarak dia dengan kami dekat sahaja sebab kami depan kaunter. Kenapa perlu jerit pada ibu bapa saya?” katanya yang berasal dari suku kaum Kadazan.

Rakan Gillian yang dikenali sebagai Qhal kemudiannya ke kaunter pegawai tersebut dan memintanya untuk memberikan layanan sopan.

Bagaimanapun, Qhal dimarahi pegawai tersebut dengan pelbagai persoalan termasuk bertanyakan tempat asalnya.

“Qhal jawab dia orang Malaysia dan dia juga beritahu pegawai itu dua orang yang kena jerit itu ibu bapa kami.

“Pegawai itu jawab, ‘mana saya tahu. Saya ingat orang Cina. Dia (merujuk kepada Gillian) pun pakai macam itu, mana saya tahu!’,” katanya.

Berang dengan kenyataan pegawai itu, Gillian berkata, “Apa kaitan Cina dengan cara dia layan kami? Apa kaitan Cina dengan cara saya berpakaian? Apa kaitan Cina dengan tindakan kamu jerit kepada OKU dan warga emas? Kamu rasis ke?”

Luahan Gillian itu dikongsi lebih 1,986 kali dan netizen menyarankannya untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa supaya tidakan dapat dilakukan.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali telah mengeluarkan arahan agar tindakan segera diambil untuk menyiasat kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kesalKLIApegawai imigresen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melahirkan rasa kesal apabila kes melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd