• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Juara Piala Malaysia, ERA FM Putar Lagu Siti Nurhaliza

oleh Ahmad Albab
03/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Stesen radio Era FM terpaksa mengotakan permintaan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin agar lagu-lagunya dimainkan tanpa henti sekiranya Pahang berjaya menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan bola sepak, Piala Malaysia yang berlangsung Sabtu lalu.

Pengurs Saluran stesen radio itu Nazri Noran berkata, pihaknya akan menyiarkan pelbagai koleksi lagu Siti pada segmen JOHARA Pagi ERA bermula dari pukul 6 hingga 10 pagi dan kemudian sebuah lagu penyanyi itu akan diputarkan setiap jam sepanjang hari Isnin (hari ini).

“Kami akan menunaikan permintaan Siti untuk memutarkan lagu-lagunya sepanjang hari Isnin di mana hanya lagu-lagunya akan keudara pada segmen JOHARA.

“Kemudian, lagu Siti masih dimainkan setiap sejam selepas segmen tersebut,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Khamis lalu, ERA FM telah menghubungi Siti bagi mewakili Pahang dan Amy (Search) mewakili JDT menerusi segmen JOHARA Pagi Era bagi membincangkan mengenai kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Ketiga-tiga penyampai radio berkenaan telah membuat persetujuan bersama dua selebriti tersebut di mana sekiranya salah seorang negeri yang diwakili kalah, mereka dikehendaki menyanyi di atas ‘kerusi karen’ (elektrik).

Siti dan Amy pula menuntut, salah seorang yang menang akan diberi peluang di mana lagu-lagu mereka akan dimainkan sepanjang hari di radio berkenaan.

Bagaimanapun, kekalahan JDT kepada Pahang sebanyak 1-5 membuatkan Amy dikenakan ‘denda’ di mana dia akan duduk di kerusi karen tersebut sambil menyanyi pada Isnin iaitu pada pukul 7 pagi menerusi segmen yang dikendalikan oleh tiga penyampai radio itu, Johan, Hanif dan Ray.

Sementara itu, Nazri berkata, mengenakan artis menerusi permainan kerusi panas tersebut merupakan salah satu segmen yang diminati pendengar-pendengar radio berkenaan.

“Memilih nama-nama besar yang akan duduk di kerusi tersebut mengundang rasa teruja peminat untuk mendengar reaksi artis-artis berkenaan apabila dikenakan.

“Kemudian, bagi yang ingin melihat reaksi artis yang terkena karen secara visual boleh disaksikan pula menerusi laman YouTube kami,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Piala Malaysiasiti nurhaliza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

09/04/2026
0

JDT nampaknya sekali lagi 'buat benda yang sama' layak ke final Piala Malaysia untuk kali keenam berturut-turut sejak 2019. Penampilan...

JDT ‘Tapau’ KL City 4-0, Sebelah Kaki Ke Final Piala Malaysia 2025/26

JDT ‘Tapau’ KL City 4-0, Sebelah Kaki Ke Final Piala Malaysia 2025/26

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir pasti menempah tiket ke pentas akhir Piala Malaysia 2025/26 selepas membelasah Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd