• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SME Corp Sasar 10 PKS Raih Manfaat Geran Promosi

oleh AK-47
07/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – SME Corporation Malaysia (SME Corp) Terengganu menyasarkan 10 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negeri itu dapat meningkatkan perniagaan mereka dengan pemberian geran padanan aktiviti pemasaran dan promosi bernilai RM500,000 sebelum akhir tahun ini. Geran itu diperuntukkan di bawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP).

Pengarah SME Corp Terengganu, Muhammad Ibrahim berkata melalui geran itu, agensi tersebut akan membiayai 50 peratus daripada kos diluluskan, antaranya kos promosi melalui media masa serta bahan percetakan lain seperti risalah dan katalog produk.

“Baki 50 peratus lagi akan dibiayai oleh usahawan dan setiap usahawan layak memohon maksimum RM100,000 bagi geran ini.

“Keutamaan akan diberi kepada usahawan yang pernah menerima geran BEEP dan mempunyai rekod cemerlang dalam perniagaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sesi jaringan kerja antara ketua jabatan berkaitan keusahawanan dan penerima geran BEEP yang dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Tengku Khairi A Rahman. Muhammad berkata jika geran itu mendapat sambutan memberangsangkan, pihaknya akan menambah nilai geran tersebut mengikut keperluan semasa usahawan PKS Terengganu.

Mengikut kajian SME Corp Malaysia pada suku kedua 2016, sebanyak 57.6 peratus PKS di Terengganu memperuntukkan bajet operasi syarikat untuk aktiviti pemasaran dan promosi.

Beliau berkata ia menunjukkan peningkatan positif berbanding 48.5 peratus pada 2015. “Ini menunjukkan usaha PKS yang lebih baik untuk memastikan jenama syarikat sentiasa diingati pengguna, namun perkara ini perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

“PKS Terengganu digalakkan memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada perbelanjaan operasi tahunan syarikat untuk tujuan tersebut.

“Langkah ini penting, ditambah penggunaan medium pemasaran yang lebih berkesan untuk meluaskan dagangan produk atau perkhidmatan masing-masing bagi mengukuhkan jenama di pasaran sedia ada dan baharu,” katanya.

Sementara itu, Tengku Khairi turut menggesa usahawan PKS supaya lebih agresif menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran bagi memastikan produk syarikat dapat bertahan dalam pasaran mencabar.

“Kerajaan melihat strategi pengukuhan jenama adalah penting kepada sesuatu produk sekaligus memberi peluang usahawan untuk menguasai pasaran.

“Tidak kiralah sebesar mana atau sekecil mana pun syarikat atau produk, jenama akan membuatkan ia bernilai. Jenama adalah satu-satunya cara paling efektif dalam menguasai pasaran dan jenama juga akan membantu membentuk identiti syarikat serta produk,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: PerniagaanSMETerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pempengaruh automotif Bro Wong meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kos operasi perniagaan yang disifatkan semakin menekan khususnya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd