• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farisha Irwayu: Saya Bukan Rampas Ustaz Asmawi

oleh AK-47
08/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PELAKON terkenal era 1990-an, Farisha Irwayu Ghali menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya perampas selain menghancurkan rumah tangga pendakwah terkenal, Tuan Asmawi Tuan Umar.

Menerusi laporan sebuah akhbar harian sebelum ini, timbul kenyataan Tuan Asmawi ingin menyunting aktres itu menjadi isterinya selepas proses penceraian beliau dengan isterinya selesai.

Kenyataan itu menimbulkan spekulasi dalam masyarakat bahawa konon Farisha adalah punca kepada keretakan rumah tangga ustaz berkenaan.

Menjawab tuduhan perampas, Farisha menjelaskan dirinya hadir ketika saat Tuan Asmawi sudah pun mengalami masalah rumah tangga dan dia bukanlah seperti yang diperkatakan kini.

“Biasalah persepsi masyarakat kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Itu tanggapan masing-masing tapi keadaan yang sebenarnya hanya kita berdua sahaja yang tahu.

“Saya hadir dalam kehidupan ustaz pun setelah dia ada masalah dalam rumah tangga, nak kata perampas, bukan kot, tak mungkin,” katanya kepada Mynewshub di sini semalam.

Menceritakan perkenalan mereka, Farisha berkata, dia mula mengenali Tuan Asmawi sejak tujuh tahun lalu dan hanya mengetahui perkembangannya menerusi laman sosial Facebook.

“Saya tengah single, tiada sesiapa, jadi ustaz terus terang cakap yang dia berniat nak jadikan saya isteri.

“Lepas tu, saya cakap ustaz jangan main-main nanti ustazah (isteri Tuan Asmawi) marah sebab saya tahu dia ada isteri, dia ada anak.

“Walaupun saya kawan dengan dia di laman sosial tapi saya memang tiada hati dengan dia langsung, takde apa-apa perasaan sebab tengok kawan-kawan happy dah.

“Di situlah dia mula bercerita apa masalah dia semua, saya cakap ok.

“Niat dia pun murni untuk memperisterikan saya, saya kata why not. Dia kata kalau dah selesai (penceraian), dia nak nikah,” jelasnya lagi.

pix1
Farisha Irwayu dan bakal suami, Tuan Asmawi Tuan Umar.

Sementara itu, Tuan Asmawi turut mempertahankan bakal isterinya itu bukanlah perampas seperti mana yang didakwa.

Beliau juga menyatakan perkara yang sama iaitu Farisha hanya muncul dalam hidupnya selepas mula berhadapan krisis rumah tangga.

Tuan Asmawi menyifatkan perkahwinannya sebelum ini tidak lagi dapat dipertahankan memandangkan sudah tiada persefahaman di antara beliau dan isterinya.

“Ada juga yang mengatakan Farisha adalah perampas kebahagiaan keluarga saya disebabkan proses penceraian pun belum berlaku.

“Farisha bukan perampas sebenarnya, saya yang cari dia. Dia tiada kaitan dengan apa yang berlaku kepada saya dan keluarga sebelum ini,” kata Tuan Asmawi.

Mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan Farisha sebaik proses penceraiannya berakhir, Tuan Asmawi memohon titipan doa yang terbaik buat dirinya dan Farisha daripada anggota masyarakat.

Tuan Asmawi merupakan seorang penceramah bebas yang juga penyampai suara latar profesional, konsultan produksi televisyen dan radio, selain menubuhkan Pusat Perubatan Alternatif Baitul­wa­fi.

Farisha pula agak popular sekitar tahun 1990-an melalui drama slot Spectra terbitan HVD, seangkatan dengan nama-nama seperti Liza Abdullah, Maria Farida dan Noniswara.

Beliau juga masih aktif berlakon, antaranya dalam drama Cucu Bentong, Cik Bunga Encik Sombong dan Nenek Ranggi.

Aktres itu memiliki dua anak masing-masing berusia 27 dan 16 tahun hasil perkahwinan terdahulu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: myArtisselebriti
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd