• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hapuskan Tempat Pembiakan Aedes Di Kawasan Sendiri

oleh AK-47
07/09/2016
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sudah tiba masanya rakyat negeri ini bertindak atas kesedaran sendiri bagi memastikan persekitaran mereka benar-benar bersih dan selamat daripada pembiakan nyamuk Aedes untuk mengelak gejala demam denggi dan jangkitan virus Zika.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata orang ramai tidak perlu panik mahupun tertekan dengan isu jangkitan virus Zika, sebaliknya bertenang dan melaksanakan langkah pencegahan dengan lebih berkesan.

Katanya tindakan paling utama perlu dilakukan sekarang adalah menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dengan memastikan tiada takungan air lama yang boleh mengundang kewujudan jentik-jentik serta tiada semak-samun menghalang pemandangan daripada menyedari terdapat bahan takungan.

“Pada masa ini di Pahang tiada kes jangkitan virus Zika…kecoh viral di media sosial dan (aplikasi) WhatsApp semalam, adalah tidak benar, jadi tidak perlu panik. Apa yang penting sekarang nyamuk (Aedes) perlu dihapuskan.

“Bermula dari rumah sendiri dahulu, pastikan persekitaran rumah kita bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes yang berisiko tinggi menyebabkan denggi dan virus Zika,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas membuat pemeriksaan mengejut tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar perumahan Taman Tas di sini hari ini, yang turut disertai Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Kesihatan Awam) Dr Mohamed Sapian Mohamed.

Dr Zainal Ariffin berkata walaupun pelbagai program pencegahan denggi dilaksanakan Jabatan Kesihatan negeri, masyarakat masih gagal menjaga kebersihan persekitaran dalam aspek pencegahan denggi dan Zika.

Beliau berkata pada masa ini orang ramai terlalu bimbang mengenai jangkitan virus Zika sehingga lupa denggi boleh membawa maut jika lewat mendapatkan rawatan berbanding Zika yang hanya menyebabkan kecacatan otak pada janin dalam kandungan.

“Ini bukan bermaksud saya kata Zika tidak berbahaya, sebab ia juga akan memberi kesan tidak baik terhadap bayi dalam kandungan.

“Tetapi saya hendak ingatkan orang ramai supaya sedar akan realiti ini bahawa kedua-dua penyakit ini disebabkan bawaan nyamuk Aedes, dan paling teruk sehingga boleh menyebabkan kematian adalah demam denggi,” katanya.

Dr Zainal Ariffin berkata sekiranya masyarakat mahu menghapuskan penularan demam denggi dan jangkitan virus Zika, mereka perlu terlebih dahulu bertindak melenyapkan nyamuk Aedes di kawasan persekitaran masing-masing.

Memberi contoh keadaan di Taman Tas, beliau berkata taman perumahan itu antara kawasan ‘hotspot’ kes demam denggi di daerah ini kerana setiap tahun sering berlaku kes berkenaan, dan hasil pemeriksaan dari rumah ke rumah mendapati terdapat banyak kawasan pembiakan nyamuk Aedes.

Dr Zainal Ariffin berkata terdapat 13 kes demam denggi di Taman Tas setakat ini, manakala tahun lepas mencatat 22 kes secara keseluruhan.- MYNEWSHUB.CC

Tags: Nyamukvirus zikaZika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

Tentera China Ada Radar Boleh Kesan Nyamuk

01/04/2018
0

CANGGIH... Pihak berkuasa China berjaya membangunkan sebuah radar tentera super sensitif yang mampu mengesan pergerakan sayap dengung nyamuk sehingga jarak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd