• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tidak Pernah Kahwin” – Calon Suami Fara Fauzana

oleh AK-47
07/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA semalam, satu Malaysia dikejutkan dengan khabar angin menyatakan calon bakal suami pengacara dan penyampai radio, Fara Fauzana telah mendirikan rumah tangga.

Terbaharu, tuan empunya badan iaitu Mohamed Hafiz Badiuzzaman pula tampil menafikan hal tersebut.

Mohamed Hafiz, 30, berkata, dia belum pernah berkahwin dan status konon seperti yang didakwa itu bukan menjadi punca kepada pembatalan pernikahannya dengan Fara.

“Saya tidak pernah berkahwin dan merahsiakan perkara ini daripada dia.

“Pembatalan perkahwinan kami juga bukan disebabkan status saya seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikirimkan menerusi WhatsApp kepada sebuah akhbar tempatan.

Pada masa yang sama, Mohamed Hafiz yang merupakan seorang ahli perniagaan berkata, laporan tidak tepat yang dilaporkan media itu telah menyebabkan tekanan emosi dan nama baiknya tercemar.

Sementara itu, dia berharap pihak media dapat memberikan sedikit privasi kepadanya dan keluarga.

“Saya masih lagi cuba menenangkan diri daripada pembatalan perkahwinan saya sendiri. Ia sangat memberi kesan mendalam juga kepada saya,” katanya.

Terdahulu, Fara membuat kenyataan rasmi memaklumkan perkahwinannya bersama jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dikongsikan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: fara fauzana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fara Fauzana Sertai Misi Bantuan Ke Turki Hari Ini

17/12/2017
0

SEJAK menamatkan khidmatnya daripada menjadi seorang penyampai di stesen radio Hot FM, pengacara terkenal Fara Fauzana giat melakukan aktiviti-aktiviti sosial....

Twit Cetus Tanda Tanya ‘Originality’ Rekaan Baju Fafau

24/01/2017
0

SEORANG pengguna laman mikro Twitter berkongsi satu foto yang memaparkan rekaan baju digayakan pengacara Fara Fauzana ketika menghoskan pertandingan berprestij...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd