• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Zika Di Pahang – Exco

oleh Ahmad Albab
07/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tiada kes jangkitan virus Zika dilaporkan di Pahang setakat ini seperti didakwa dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp sejak Isnin, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri Datuk Norol Azali Sulaiman.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan negeri akan mengeluarkan kenyataan rasmi jika ada jangkitan Zika di negeri ini.

“Dakwaan yang disebarkan menerusi aplikasi sosial itu mengatakan seorang penduduk yang tinggal di Taman Guru di sini dijangkiti virus berkenaan adalah tidak benar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Pembangunan Institusi Pendidikan Sekolah Rendah (SERI) dan Sekolah Menengah Islam (SEMI) yang disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, di sini pada Selasa.

Dakwaan menerusi aplikasi WhatsApp berkenaan mengatakan seorang kakitangan kolej yang tinggal di kawasan perumahan itu terkena jangkitan virus Zika dan merupakan kes pertama di negeri ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata pihaknya mengambil inisiatif melaksanakan ‘Pelan Persediaan Zika’ sebagai usaha mengekang penularan virus Zika dan denggi di negeri ini.

Katanya antara intipati pelan itu termasuk menyarankan kerajaan negeri mengambil langkah mengharamkan penggunaan plastik dan styrofom dalam jangka masa sesuai kerana ia merupakan tempat utama pembiakan nyamuk Aedes.

“Cuma dalam masa ini buat dahulu kempen mengurangkan penggunaannya… ini selaras dengan konsep teknologi hijau dan besarnya ancaman plastik serta styrofom yang menjadi bekas utama pembiakan Aedes,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Untuk daerah Kuantan, katanya langkah lain turut diambil antaranya memasang perangkap nyamuk (mymat) di hospital memandangkan lebih 50 peratus kes dan kematian akibat denggi didaftarkan di Kuantan.

“Selain itu mendidik orang ramai dengan kaedah penggunaan ubat nyamuk secara betul dan penggunaan racun serangga pada dinding luar rumah.

“Kita juga membekalkan dan melatih masyarakat menggunakan bakteria BTI (Bacillus Thuringiensis Israelensis) bagi kaedah ‘larvaciding’ (membunuh jentik-jentik) yang berkesan dan selamat,” katanya.

Dr Zainal Ariffin berkata pihaknya juga akan meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha melaksanakan kawalan vektor di samping mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik tanah kosong, lot kosong atau rumah tidak berpenghuni yang didapati menjadi tempat pembiakan Aedes.

Beliau menasihati masyarakat menjaga kebersihan kawasan sekitar serta tempat-tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menyebarkan virus denggi dan Zika. - BERNAMA

Tags: Pahangvirus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd