• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasha Teroka Bidang Bisnes Produk Suplemen

oleh AK-47
06/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKTRES cantik jelita, Nasha Aziz sekian lama tidak muncul di kaca televisyen (TV). Kali terakhir kelibat peragawati ini dilihat dalam industri seni adalah menerusi teater Di Bawah Lindungan Kaabah pada Mei tahun lalu.

Menurut sebuah laman berita tempatan, Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 45, kini sibuk dengan bidang perniagaan berasaskan produk makanan tambahan.

Nasha Teroka Bidang Perniagaan, Jual Produk Kesihatan

“Saya sedang berusaha dalam bidang baru. Saya mahu buat sesuatu yang baru, alami cabaran baru yang langsung tidak ada kena-mengena dengan industri seni.

“Saya baru sahaja ceburi bidang perniagaan dan masih dalam proses belajar,” katanya.

Tambah laman itu lagi, Nasha telah berkecimpung di dalam perniagaan itu sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan produk makanan tambahan yang diusahakan oleh pelakon ini bukan seperti produk-produk kecantikan yang terdapat di pasaran tetapi sejenis produk nutrisi dan gaya hidup sihat.

“Sebenarnya apa sahaja yang saya buat, saya akan cuba mencintainya seperti mana dalam bidang peragaan dan perfileman.

“Saya mahu pelajari sesuatu yang baru untuk warnai kehidupan saya,” jelasnya.

Nasha Teroka Bidang Perniagaan, Jual Produk Kesihatan

Perkembangan terbaharu Nasha, dia berlakon dalam filem Spy In Love, kerjasama antara Malaysia dan Indonesia arahan Danial Rifki.

Menerusi filem itu, Nasha bergandingan dengan beberapa pelakon Indonesia antaranya Hamish Daud dan Ray Sahetapy.

Manakala barisan pelakon dari Malaysia yang turut membintangi filem berkenaan selain dari Nasha ialah Siti Saleha, Rosnah Mat Aris dan Keith Foo. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nasha AzizProduk Kecantikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Produk Kecantikan Ditahan

17/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Polis menahan pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak...

Matt Kuwata Bertukar Jadi Anak Patung ‘Orang Putih’

23/02/2019
0

KEBANYAKANNYA mengenali model dan selebriti Matt Kuwata sebagai anak lelaki kepada pemain legenda bola keranjang di Jepun, Masumi Kuwata. Namun,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd