• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Johor Dan Anakanda Tunai Ibadah Haji

oleh AK-47
06/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersama-sama rombongan diraja berangkat ke Makkah, Arab Saudi pada Isnin lalu bagi menunaikan ibadah haji.

Turut berangkat, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Penerbangan Permaisuri Johor bersama Tunku Tun Aminah dan Tunku Abu Bakar dilaporkan berlepas pukul 1.30 tengah hari, manakala penerbangan yang membawa Tunku Idris serta Tunku Abdul Rahman berlepas 12.30 tengah hari.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menerusi laman sosial Facebook rasmi bertitah, baginda tidak dapat bersama rombongan haji keluarga diraja atas faktor kesihatan.

“Setelah menjalani prosedur ‘angioplasty’ empat hari lalu, doktor yang merawat saya telah menasihatkan agar tidak berangkat mengerjakan ibadah Haji kerana ia bukan sahaja membabitkan perjalanan yang jauh, namun juga pelbagai cabaran fizikal yang lain.

“Keluarga dan ahli-ahli rombongan tidak mahu meneruskan hasrat untuk ke Tanah Suci tanpa saya, namun ia adalah menjadi hasrat saya agar mereka menyempurnakan perancangan tersebut,” titah baginda.

Baginda dan Permaisuri Johor sebelum ini pernah menunaikan haji pada tahun 1985 dan bercadang membawa keluarga dengan turut menunaikan ibadah haji bagi Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang mangkat pada Disember, tahun lalu.

“Saya berdoa agar isteri dan anak-anak saya, serta rombongan mereka, akan sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT, dan selamat disepanjang perjalanan pergi dan balik ke Tanah Suci. Moga Allah menerima ibadah Haji mereka.

“Saya juga berharap agar semua yang akan mengerjakan ibadah Haji mereka tahun ini selamat dan Haji mereka diterima Yang Esa.” titah baginda.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Nooh Gadut turut menyertai rombongan berkenaan bagi menyempurnakan haji buat Allahyarham Tunku Laksamana Johor. – MYNEWSHUB.CC

Tags: jemaah hajiSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd