• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Goat Yoga’ Popular Dalam Kalangan Warga AS

oleh AK-47
06/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELBAGAI cara yang dilakukan oleh manusia untuk mencari ketenangan minda dengan salah satunya ialah melakukan aktiviti yoga.

Bagaimanpun, sebuah kelas yoga yang terletak di Oregon, Amerika Syarikat menawarkan yoga unik apabila dilakukan di ladang ternakan kambing.

Menurut laman antarabangsa iaitu Oddity Central, sesi yoga di No Regrets Farm, para peserta yoga akan melakukan aktiviti berkenaan ditemani oleh sekumpulan kambing.

Kegiatan yang diberi nama ‘goat yoga‘ itu dimulakan oleh Lainey Morse, pemilik ladang berkenaan yang merupakan bekas jurugambar.

'Goat Yoga' Popular Dalam Kalangan Warga Amerika Syarikat

'Goat Yoga' Popular Dalam Kalangan Warga Amerika Syarikat

Difahamkan idea itu tercetus apabila seorang tetamu yang hadir di salah satu pesta ulang tahun di ladang tersebut melahirkan hasrat untuk membuka kelas yoga di sana.

Maka, tercetuslah idea mengadakan kelas ‘goat yoga‘. Ternyata idea itu mendapat sambutan daripada warga tempatan.

Kelas-kelas yang diadakan sentiasa penuh malah ada dalam kalangan peserta yang sanggup membayar yuran lebih tinggi semata-mata untuk turut serta dalam aktiviti berkenaan.

Keadaan tenang, ditambah pula dengan udara yang segar dan kambing-kambing yang comel terbukti berhasil membuatkan ‘goat yoga’ popular.

“Kambing-kambing saya adalah haiwan-haiwan yang sangat cinta kepada kedamaian dan semua orang yang datang ke sini menjadi bebas tekanan dan bahagia,” kata Morse.

Sambutan yang menggalakan daripada warga tempatan menyebabkan Morse terpaksa menambah dua lagi sesi yoga yang diadakan pada bulan ini iaitu pada 10 dan 24 September. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amerika Syarikatkambingyoga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd