• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Pasang Pendakap Gigi Haram Didenda RM25k

oleh Ahmad Albab
06/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Gara-gara menyediakan perkhidmatan memasang pendakap gigi secara haram di sebuah hotel di sini, seorang gadis didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah atas kesalahan itu di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Nurul Nadzirah Mohd Saidi, 21, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 10.05 malam, di Hotel Permai, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 27 April lepas.

Untuk pertuduhan itu, Nurul Nadzirah didakwa di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 kerana melanggar peruntukan Subseksyen 4(1) akta berkenaan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM300,000 atau dipenjarakan sehingga enam tahun atau kedua-duanya.

Dalam rayuan minta diringankan hukuman, Nurul Nadzirah berkata dia kini menganggur dan akan melangsungkan perkahwinan bulan depan. Hakim Rofiah Mohamad kemudian menetapkan tertuduh membayar denda sebanyak RM25,000

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan, Nur Khaikiyah Samsudin.

Terdahulu Nurul Nadzirah mengaku menjalankan perkhidmatan itu walaupun tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang perubatan pergigian.

Tertuduh juga mengaku mempelajari cara memakaikan pendakap gigi kepada pelanggannya menerusi rakan-rakan di saluran Youtube. – BERNAMA

Tags: dendagadis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

23/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara 15 tahun dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd