• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Budak Sekolah Agama Tunjuk ‘Taiko’ Belasah Pelajar

oleh AK-47
06/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH rakaman video yang menunjukkan seorang murid tahun enam membelasah rakan sekelasnya sambil disaksikan oleh rakan yang lain tersebar di media sosial sejak malam tadi.

Berdasarkan video berdurasi dua minit 29 saat itu, kejadian dilaporkan berlaku pada 30 Ogos, di sebuah sekolah agama di Putatan, Sabah. Namun, motif kejadian itu tidak diketahui.

Mangsa dibelasah bertubi-tubi, diterajang, disepak dan dihentam dengan kerusi tanpa sebarang belas kasihan.

Aksi ala gangster itu berterusan apabila pembuli terus menarik baju mangsa, mencekik lehernya, menampar muka serta menolak mangsa ke lantai, meskipun jelas kelihatan mangsa tidak langsung melawan.

Rakan-rakan sekelas yang lain cuba menghentikan tindakan pelajar lelaki itu dari terus memukul mangsa, namun mereka pula dimarahi dan diberi amaran agar jangan masuk campur.

Tidak puas dengan itu, pelajar tersebut yang seolah ‘dirasuk hantu’ turut menengking murid-murid lain yang hanya melihat insiden tersebut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian dan sudah membuka satu kertas siasatan mengikut 324 anun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Keterangan sudah diambil daripada murid yang menjadi mangsa buli, pelaku dan juga saksi yang menyaksikan kejadian berkenaan.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dan pembuli itu difahamkan kini menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), ” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: agama islambudak sekolah
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

‘Budak Sekolah’ Langgar Polis Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

‘Budak Sekolah’ Langgar Polis Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

20/11/2024
0

SEREMBAN - Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan wang cagaran RM1,000 oleh Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd