• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Dinasihat Jaga Kesihatan Semasa Wukuf

oleh Ahmad Albab
05/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Semua 22,320 jemaah haji Malaysia dinasihat agar menjaga kesihatan diri semasa melakukan wukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah, Mina dan melontar Jamrat yang bermula pada Ahad ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata ini kerana kebiasaannya pada masa melakukan kemuncak haji selama enam hari itu banyak kes direkodkan melibatkan masalah kesihatan dan kematian.

“Saya nasihatkan jangan terlalu mendera diri (untuk melakukan ibadat) kerana pada masa wukuf nanti dilaporkan cuaca begitu panas dan suhu dijangka akan mencecah sehingga 50 darjah Celcius.

“Kepada jemaah haji saya nasihatkan juga makan ubat dan minum air yang banyak semasa di sana. Lazimnya ada jemaah yang terlupa untuk makan ubat dan ini yang menyebabkan timbul masalah kesihatan nanti,” katanya kepada pemberita selepas bertemu jemaah haji negara di Hotel Rehab Al Janadriyah di sini, hari ini.

Selain bertemu dengan jemaah, Abdul Azeez turut bertemu balu-balu jemaah yang meninggal dunia di Madinah dan Makkah baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Rombongan Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan isteri Abdul Azeez, Datin Seri Khadijah Mohd Noor.

Abdul Azeez berkata keadaan cuaca yang panas itu boleh menyebabkan berlakunya strok haba dan sehubungan itu beliau mahu jemaah haji mengikut segala arahan serta garis panduan yang ditetapkan.

“Para doktor perubatan dan semua petugas yang lain kini sudah bersiap sedia untuk bertugas menjaga keperluan jemaah haji dan saya berharap juga para jemaah akan menjaga kebersihan diri di khemah-khemah nanti,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang begitu menitikberatkan soal keselamatan para jemaah haji bagi mengelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak muassasah dengan kerjasama yang diberikan dan semoga hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi terus terjalin erat,” katanya.

Pada majlis itu turut diadakan tahlil ringkas bagi jemaah haji yang meninggal dunia dan Abdul Azeez menasihatkan balu-balu berkenaan agar tabah serta menguatkan semangat mereka meneruskan ibadat haji.

Sehingga hari ini sebanyak 21,469 jemaah haji negara telah berada di sini dan lima kematian telah direkodkan iaitu seorang di tanah air, masing-masing dua di Madinah dan Makkah. – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd