• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dokumentari Guru Pedalaman Bakal Diterbit – Mahdzir

oleh Ahmad Albab
05/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENOM – Satu dokumenteri mengenai perjalanan hidup guru di kawasan pedalaman bakal diterbitkan, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid,

Beliau berkata Bahagian Teknologi Pendidikan kementerian akan diminta menghasilkan dokumentari itu untuk memperlihatkan kepada rakyat bagaimana guru di pedalaman berkorban untuk mendidik pelajar dalam keadaan serba kekurangan.

“Ia akan memperlihatkan mengenai kesungguhan seorang ‘hero yang tidak didendang’ dan sumbangan mereka kepada rakyat dan negara.

“Dokumentari itu akan ditayangkan sempena sambutan Hari Guru 2017,” katanya ketika berucap semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Tilis dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Sabah, Maimunah Suhaibul dan Anggoa Dewan Undangan Negeri Kemabong, Datuk Rubin Balang.

Sementara itu Mahdzir berkata pihaknya akan mencadangkan agar warga pendidik yang berasal dari kawasan pedalaman diberi peluang untuk menabur bakti dan khidmat di tempat kelahiran asal mereka.

Beliau berkata walaupun pihak kementerian mempunyai garis panduan dan peraturan bagi penempatan guru, namun ia boleh dipertimbangkan terutama melibatkan sekolah di pedalaman.

“Peraturan dan sistem ini kita yang gubal, jadi tidak salah kita ubah dasar itu (penempatan guru),” tambah beliau.

Mahdzir turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk pelbagai kegunaan SK Tilis yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Pekan Tenom. – BERNAMA

Tags: Mahdzir Khalid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd