• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Virus Zika Sudahpun Wujud Dalam Masyarakat

oleh Ahmad Albab
04/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengesahan kes kedua jangkitan Zika, di Kota Kinabalu, Sabah, menunjukkan bahawa virus itu sudah sedia wujud di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau mengambil perhatian bahawa pesakit berkenaan, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung semalam, tidak pernah berkunjung ke mana-mana negara lain di mana kes penyakit itu banyak dilaporkan.

Ini, kata beliau, bermakna lelaki itu dijangkiti penyakit itu dalam negeri.
“Dia dijangkiti selepas digigit nyamuk yang membawa virus penyakit itu,” kata beliau dalam satu catatan Facebook.

Subramaniam berkata, kementeriannya tidak dapat memberi jawapan dari mana nyamuk itu datang.

“Ia menunjukkan ada orang lain yang dijangkiti dalam masyarakat. Mereka berpotensi menjadi punca jangkitan,” kata menteri itu.

Semalam, Ketua Perngarah Kesihtan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pesakit lelaki berusia 61 tahun itu yang tinggal di Sabah, mati akibat komplikasi jantung.

Malaysia melaporkan kes pertama jangkitan Zika bila seorang wanita berusia 58 tahun dari Bandar Botanic, Klang, Selangor, diuji positif virus itu selepas seminggu pulang dari Singapura pada 21 Ogos.

Mengenai pesakit lelaki itu, Subramanian berkata, lelaki itu mengalami beberapa gejala sebelum dijangkiti penyakit termasuk kegagalan jantung dan penyakit ginjal kronik yang mengancam nyawa.

“Sebarang bentuk ‘viraemia’ dalam situasi seumpama itu boleh mengubah imbangan dan menyebabkan kematiannya,” kata Subramaniam.

(Viraemia adalah keadaan perubatan ketika mana virus memasuki saluran darah, seterusnya dapat mengakses bahagian-bahagian lain tubuh). – BERNAMA

Tags: virus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

Johor Akan Terus Pantau Situasi Zika Di Singapura

12/06/2017
0

JOHOR BAHRU - Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) sedang memantau perkembangan kes virus Zika di Singapura susulan dua kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd