• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Buat Kajian SOP Sekatan Jalan Raya, Elak Kesesakan

oleh Ahmad Albab
04/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan kajian terhadap prosedur operasi standard (SOP) ketika mengadakan operasi sekatan jalan raya bagi mengelakkan berlaku kesesakan lalu lintas pada masa depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Nadzri Siron berkata ini kerana SOP sedia ada sudah lama dilaksanakan sehingga pengguna jalan raya merungut akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya semasa operasi dijalankan.

“Saya menyedari orang ramai membangkitkan perkara ini dalam laman sosial apabila membandingkan kaedah sekatan jalan raya di negara maju yang membuka semua lorong berbanding satu lorong oleh JPJ ketika ini.

“Saya juga sudah mengarahkan agar mengkaji modul yang terbaik supaya dapat dikurangkan kesesakan lalu lintas ketika operasi demi kepentingan semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ Parlimen Kepala Batas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Kailan di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Anggota Parlimen kawasan Kepala Batas.

Nadzri berkata sebelum ini pembukaan satu lorong ketika sekatan jalan raya terpaksa dibuat atas beberapa faktor termasuk keselamatan serta bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti.

“Sebab itu, kami juga perlu lakukan kajian secara terperinci sebelum menggantikan SOP sedia ada bagi memastikan keselamatan pegawai dan anggota JPJ sentiasa terjamin ketika bertugas,” katanya.

Sementara itu, Nadzri berkata, JPJ akan melakukan program kesedaran memiliki lesen memandu kepada 1.2 juta rakyat yang layak namun masih tidak berbuat demikian.

Katanya antara program kesedaran yang dijalankan ialah Satu Komuniti Satu JPJ yang telah dilancarkan pada 2011 dan sehingga hari ini seramai 96,000 berjaya memperoleh lesen.

“JPJ menyasarkan setiap tahun, terdapat peningkatan 30 peratus daripada jumlah itu dan di negeri ini, seramai 2,435 orang telah menerima lesen yang majoritinya terdiri daripada warga emas dan pelajar sekolah menengah.

“Selain memberi kesedaran kepada orang ramai, program itu turut membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan lesen kelas B2 dengan harga murah iaitu RM180 sahaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd