• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Perompak Larikan Wang Tunai RM1.14 Juta

oleh Ahmad Albab
06/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Tujuh lelaki bersenjatakan pistol dan parang merompak sebuah pasar raya di Gong Badak, di sini awal pagi tadi menyebabkan kerugian kira-kira RM1.14 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata dalam tempoh empat jam bermula pukul 2.15 pagi itu, suspek telah memecahkan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti besi yang terdapat dalam pasar raya terbabit.

Katanya penjenayah berkenaan juga bertindak mengikat keempat-empat pengawal keselamatan sebelum dikurung di dalam sebuah stor berhampiran.

“Ketika kejadian itu empat pengawal keselamatan sedang bertugas sebelum salah seorang daripadanya menyedari kehadiran kumpulan penjenayah ketika membuat rondaan…sejurus selepas itu penjenayah berkenaan mengurung kesemua pengawal keselamatan terbabit di dalam stor.

Mereka mengambil masa-masa kira-kira empat jam untuk melarikan wang berkenaan dan kita percaya mereka berpecah untuk melakukan rompakan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui ditempat kejadian.

Menurutnya lima daripadanya masuk ke dalam pasar raya dan memecahkan dua mesin ATM menggunakan gas asetilena dan tiga peti tunai menggunakan mesin pemotong besi.

Jelasnya penjenayah itu juga bertindak memadamkan kamera litar tertutup (CCTV) dan alat penggera terlebih dahulu dan tidak menolak kemungkinan rompakan tersebut dilakukan warga asing berdasarkan loghat percakapannya.

“Suspek beredar meninggalkan lokasi kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi dengan melarikan wang tunai dianggarkan bernilai RM1.14 juta. Semua suspek dipercayai menggunakan tukul besi, kuku kambing, mesin pemotong besi dan gas asetilena untuk melakukan rompakan berkenaan.

Kita yakin ia telah dirancang dengan teliti dan siasatan daripada semua sudut sedang dilaksanakan sama ada melibatkan pekerja mahupun bekas pekerja pasar raya berkenaan,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata dan berkumpulan. – BERNAMA

Tags: perompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’ Wang Diburu Polis

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’ Wang Diburu Polis

08/07/2023
0

JAKARTA – Seorang suri rumah di Sumatera Utara, Indonesia terkejut apabila seorang lelaki memasuki rumahnya untuk merompak, lapor laman berita...

Perompak Larikan Peti Besi, Barang Kemas Lebih RM200,000

Perompak Larikan Peti Besi, Barang Kemas Lebih RM200,000

30/06/2023
0

Kuala Pilah : Dua lelaki memecah masuk rumah di Taman Impian Utama, Jalan Melang di sini, semalam dan melarikan peti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd