• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bentuk Pasukan Pemantau Virus Zika Di Setiap Sekolah

oleh Ahmad Albab
06/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan meminta pejabat pendidikan daerah, pengetua, guru besar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di setiap sekolah agar membentuk pasukan pemantau bagi meninjau perkembangan kesihatan dan mengambil langkah pencegahan mengawal penularan virus Zika.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pasukan pemantau itu perlu dibentuk sebagai langkah proaktif memantau kesihatan guru dan pelajar selain menjaga kebersihan sekolah bagi mencegah Virus Zika.

“Ibu bapa juga diminta untuk memantau perkembangan kesihatan anak-anak mereka.

“Jika anak-anak mengalami simptom virus Zika, bertindak segera dengan merujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Penampang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Penampang Datuk John Ambrose dan ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional Penampang.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diteruskan mengikut jadual dan kementerian akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan semua berada dalam keadaan baik.

Pada Khamis, Malaysia mencatatkan kes virus Zika pertama apabila seorang wanita dari Klang, disahkan positif dijangkiti virus itu, selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan kes virus Zika tempatan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 61 tahun berbangsa Dusun dari Likas, Sabah.

Bagaimanapun, lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat komplikasi masalah jantung yang dihadapinya. – BERNAMA

Tags: Mahdzir Khalidvirus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd