• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Lipat Ganda Basmi Pembiakan Nyamuk Aedes

oleh Ahmad Albab
04/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah akan melipatgandakan aktiviti menghapus pembiakan nyamuk Aedes di Negeri Jelapang Padi itu bagi mencegah virus Zika.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan Datuk Dr Leong Yong Kong berkata kempen kesedaran anti-Aedes juga akan dipertingkatkan dalam kalangan rakyat untuk membasmi nyamuk Aedes.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah berkesan dalam mencegah virus Zika di negeri itu.

“Saya telah berbincang dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail untuk mengadakan mesyuarat peringkat negeri secepat mungkin bagi membincangkan langkah-langkah perlu untuk mencegah virus ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Buat masa ini katanya, kerajaan negeri mengambil langkah berjaga-jaga sebagaimana yang disarankan Kementerian Kesihatan.

Katanya, tiada kes Zika dikesan di Kedah, setakat ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan seorang lelaki berusia 61 tahun di Sabah merupakan kes jangkitan virus Zika tempatan pertama dikesan di negara ini. – BERNAMA

Tags: nyamuk AedesZika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Denda RM500 Biak Aedes Hampir Kecohkan Dewan

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pagi ini hampir kecoh apabila Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mendakwa Timbalan Menteri...

Simpang Kuala Lokaliti Baharu Kes Chikungunya

26/06/2019
0

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan lokaliti baharu penyakit chikungunya iaitu di Simpang Kuala di sini dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd