• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit Zika Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

oleh Ahmad Albab
04/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang pesakit lelaki dari Sabah, yang merupakan kes jangkitan virus Zika tempatan pertama di negara ini, meninggal dunia akibat komplikasi masalah jantung yang dialaminya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata lelaki berusia 61 tahun itu, yang meninggal dunia pada 5.30 petang ini, juga mengalami komorbiditi seperti tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik, karang ginjal dan gout.

“Bagaimanapun, keputusan penuh siasatan mengenai punca kematiannya belum diperoleh,” katanya semasa dihubungi Bernama semalam.

Terdahulu, dalam kenyataannya Noor Hisham berkata pesakit itu mengalami demam pada 27 Ogos dan mendapatkan rawatan perubatan untuk kali pertama di Klinik Kesihatan Luyang pada 30 Ogos lepas.

Pada 31 Ogos, pesakit berkenaan mendapatkan rawatan seterusnya di Hospital Queen Elizabeth 2 apabila mengalami demam lebih teruk, sakit otot dan cirit-birit, katanya.

Menurutnya walaupun hasil ujian Makmal Kesihatan Awam menunjukkan sampel darah dan air kencing pesakit itu positif Zika, keadaan klinikalnya menjadi serius mungkin berpunca daripada komorbiditi yang sedia dialaminya bukannya berpunca daripada jangkitan Zika.

Dr Noor Hisham berkata lelaki keturunan Dusun itu berasal dari Taman Public Jaya, Likas.

“Kementerian sedang menyiasat sejarah perjalanan terbaharu pesakit itu. Besar kemungkinan, Zika itu dijangkiti secara tempatan,” katanya.

Beliau berkata ini kerana, pesakit berkenaan tidak melakukan perjalanan ke luar negara beberapa hari sebelum ini dan mungkin beliau digigit nyamuk Aedes yang dijangkiti virus itu.

Menurutnya Kementerian Kesihatan melaksanakan aktiviti kawalan vektor di sekeliling kawasan tempat tinggal lelaki itu dan di tempat yang pernah dikunjunginya.

“Aktiviti kawalan yang dilakukan termasuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes, jentik-jentik (menggunakan Abate) dan semburan pengkabutan.

“Selain itu, orang yang pernah berhubung rapat dengan pesakit itu juga akan diperiksa sama ada mereka mengalami demam atau mempunyai simptom jangkitan virus Zika lain, “katanya.

Dr Noor Hisham berkata maklumat terkini Kementerian Kesihatan Singapura menunjukkan bahawa secara keseluruhan, 11 rakyat Malaysia disahkan dijangkiti virus Zika di republik itu.

Menurutnya seramai 10 orang daripada mereka tinggal dan bekerja di Singapura, manakala seorang lagi bekerja di Singapura tetapi tinggal di Johor.

Pada Khamis, kementerian itu mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun yang tinggal di Bandar Botanic, Klang, Selangor, positif jangkitan virus Zika seminggu selepas kembali dari Singapura pada 21 Ogos. – BERNAMA

Tags: virus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

Johor Akan Terus Pantau Situasi Zika Di Singapura

12/06/2017
0

JOHOR BAHRU - Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) sedang memantau perkembangan kes virus Zika di Singapura susulan dua kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd