• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAS Siasat Kejadian Ikan Mati Di Sungai Lamah

oleh Ahmad Albab
04/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Kimia Bintulu sedang menganalisis sampel air yang diambil dari Sungai Lamah, kira-kira 100 kilometer dari Miri, susulan laporan mengenai banyak bangkai ikan ditemukan terapung di sungai itu beberapa hari lepas.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sampel itu diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) atas arahannya supaya disiasat kejadian itu dan keputusannya akan diumumkan dalam masa dua atau tiga minggu lagi.

Menurutnya jabatan itu mengkaji kemungkinan sama ada kejadian itu berpunca daripada sisa buangan yang dilepaskan sebuah kilang sawait yang terletak kira-kira 20km dari tempat kejadian.

“Sehubungan itu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa JAS tidak teragak-agak mengambil langkah perlu mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 terhadap individu atau syarikat yang bertanggungjawab mencemarkan sungai berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Wan Junaidi berkata kementerian itu juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan mencemarkan alam sekitar dan beliau sekali lagi mengingatkan pengusaha kilang sawit supaya bersikap lebih bertanggungjawab melindungi alam sekitar.

Sebuah akhbar harian melaporkan seorang Tuai Rumah, Seman Ringgie, berkata pelbagai spesies ikan kelihatan terapung di sepanjang sungai berkenaan Rabu lepas.

Namun, semasa pasukan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta JAS dari Miri ke lokasi itu untuk mengambil sampel pada Jumaat, semua bangkai ikan berkenaan telah dihanyutkan air pasang. – BERNAMA

Tags: Wan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd