• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diktator 25 Tahun Uzbekistan Meninggal Akibat Strok

oleh
03/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Pemerintah Uzbekistan hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa presiden negara Muslim rantau Asia tengah itu, Islam Karimov meninggal dunia pada Jumaat (2 September).

Pemergian rejim diktator Allahyarham Karimov mengakhiri pemerintahan bercorak kuku besinya di negara tersebut selama 25 tahun, namun kini tidak jelas siapakah yang akan menjadi penggantinya, lapor media tempatan.

Beliau dilahirkan pada 30 Januari 1938 di Samarkand; tempat periwayat hadis Rasulullah SAW yang paling masyhur era Khalifah Abbasiyah, Imam Muhammad al-Bukhari meninggal dunia pada 1 September 870 Masihi.

Uzbekistan kini berdepan detik paling tidak menentu pasca sejarah keruntuhan Kesatuan Soviet. Allahyarham diingati kerana memerdekakan Uzbekistan daripada Moscow pada 31 Ogos 1991 sebelum disahkan sehari kemudian.

“Teman senegara, dengan hati yang berat dan penuh dukacita, kami mengumumkan pemergian presiden tersayang kami,” umum seorang penyampai televisyen tempatan, membaca satu kenyataan rasmi di ibu kota, Tashkent.

Pihak berkuasa Uzbekistan berkata Allahyarham Karimov, 78 tahun; disahkan meninggal dunia pukul 8.55 malam waktu tempatan pada Jumaat, penghulu segala hari; setelah beliau diserang angin ahmar hujung minggu lalu.

Diktator 25 Tahun Uzbekistan Meninggal Akibat Strok

Allahyarham berada dalam keadaan koma, susulan spekulasi selama berhari-hari bahawa pihak pemerintah sengaja cuba merahsiakan berita penting tersebut serta menangguhkan pula pengumuman rasmi kematiannya lewat sehari.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, mengeluarkan kenyataan di White House, Washington DC yang mengesahkan sokongan kuasa besar dunia tersebut bagi keseluruhan rakyat Uzbekistan.

“Sedang Uzbekistan memulakan lembaran baharu dalam sejarahnya, AS kekal komited terhadap kerjasama dengan Uzbekistan, terhadap kedaulatan, keselamatan dan masa depan berdasarkan hak asasi semua rakyat,” ujarnya.

Upacara pengebumian Allahyarham diadakan di kampung halamannya, Samarkand di tengah Uzbekistan, pada pagi Sabtu, atas permintaannya sendiri manakala negara tersebut memulakan tempoh perkabungan selama tiga hari.

Jenazah diterbangkan ke lapangan terbang Samarkand, yang ditutup kepada semua penerbangan pada Sabtu kecuali bagi penerbangan yang ada izin khas. Dari situ, kereta keranda Allahyarham bertolak pada 6 pagi waktu tempatan.

Orang ramai keluar memberi penghormatan terakhir mereka mulai 9 pagi di dataran bandar purba yang terletak berhampiran dengan tanah perkuburan tempat Allahyarham akan dikebumikan, lapor pelbagai agensi berita Rusia.

Diktator 25 Tahun Uzbekistan Meninggal Akibat Strok

Perdana Menteri, Shavkat Mirziyoyev mengetuai jawatankuasa penganjur bagi upacara pengebumian itu; yang sekali gus memberi gambaran beliau mungkin akan mengambil alih jawatan Allahyarham bagi jangka masa panjang.

Bagaimanapun di bawah undang-undang Uzbekistan, ketua senat, Nigmatulla Yuldashev, seharusnya memangku jawatan presiden berkenaan sehingga satu pilihan raya awal diadakan untuk memilih pengganti Allahyarham.

Anak perempuan bongsu Allahyarham, Lola, menulis menerusi akaun Facebook: “Beliau sudah meninggalkan kami… Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata, saya sendiri malah tidak percayakannya.”

Televisyen Uzbekistan turut beralih kepada rakaman video beberapa ahli muzik rakyat memainkan alat-alat muzik tradisional dengan latar belakang hitam sejurus berita pengumuman rasmi pemergian Allahyarham disahkan.

Allahyarham Karimov sudah lama dikutuk keras oleh pelbagai kumpulan hak asasi di seluruh dunia sebagai antara pemerintah kuku besi paling kejam yang berjaya dalam menghapuskan langsung pihak pembangkang tempatan.

Beliau antara segelintir tokoh penting pasca-Soviet yang berpegang pada kuasa setelah semua negara Asia tengah mencapai kemerdekaan masing-masing daripada cengkaman Moscow pada 1991. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Uzbekistan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Uzbekistan Boleh Tumpu Bidang Berkait Kepentingan Umat Islam

Malaysia, Uzbekistan Boleh Tumpu Bidang Berkait Kepentingan Umat Islam

19/05/2024
0

SAMARKAND - Malaysia dan Uzbekistan boleh menjalinkan perkongsian strategik khas dalam bidang baharu, khususnya yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam,...

Piala Asia B23: Malaysia Diundi Bersama Uzbekistan, Vietnam

Piala Asia B23: Malaysia Diundi Bersama Uzbekistan, Vietnam

23/11/2023
0

Skuad bola sepak bawah 23 tahun (B23) Malaysia diundi dalam kumpulan bersama dua pasukan kuat iaitu Vietnam dan Uzbekistan. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd