• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Filipina Isytihar ‘Huru-Hara’, 14 Maut Dibom

oleh
03/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini mengisytiharkan ‘keadaan huru-hara’ di negara itu susulan 14 orang maut dibom di sebuah pasar malam di kampung halamannya, bandar raya Davao.

Letupan kuat tidak dijangka itu berlaku ketika beliau kebetulan melakukan lawatan di sana. Duterte berkata, letupan lewat semalam di luar sebuah hotel mewah itu memburukkan lagi keadaan yang ‘luar biasa’ di Filipina.

Katanya yang pernah dua dekad menjadi datuk bandar Davao dan menghapuskan jenayah di kota 2.5 juta penduduk itu, polis dan tentera akan menggandakan kembali usaha membasmi jenayah, dadah serta aktiviti pemberontakan.

“Saya mesti mengisytiharkan keadaan huru-hara yang dibelenggu keganasan di negara ini, namun ini bukan berbentuk undang-undang ketenteraan hingga ia menjadi satu ancaman besar terhadap rakyat dan negara ini.

“Saya ada tanggungjawab melindungi negara ini,” kata Duterte kepada sekumpulan wartawan di Davao tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut maksud pengisytiharan ‘keadaan huru-hara’ atau disebut state of lawlessness itu.

Setakat ini belum ada sebarang pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap letupan itu, yang menurut polis membunuh 14 orang dan mencederakan 67 orang. Mereka tidak mendedahkan sebarang hasil siasatan awal.

Duterte tidak berada berhampiran tempat kejadian apabila letupan bom berlaku. Ia berlaku ketika Presiden Filipina itu mengisytiharkan perang dengan raja-raja dadah, pengedar jalanan dan pemberontak berfahaman pelampau.

Baca: 14 Maut Serangan Bom Di Pasar Malam Filipina

Presiden Filipina Isytihar 'Huru-Hara', 14 Maut Dibom

Perang terbesar dalam sejarah Filipina itu turut meliputi para birokrat tempatan yang diketahui kuat ‘makan rasuah’, sehingga mendapat sokongan ramai pihak namun berisiko menjadi musuh orang berkuasa.

Pejabat Presiden menyatakan pengisytiharan huru-hara tersebut sebenarnya berdasarkan kepada satu artikel dalam perlembagaan negara yang menyatakan presiden boleh bertanggungjawab atas semua pasukan bersenjata.

Bahkan sekiranya perlu, Duterte, 71; pada bila-bila masa sahaja “boleh mengerahkan pasukan bersenjata untuk mengelak atau menyekat keganasan tanpa undang-undang, pencerobohan atau pemberontakan pihak tertentu.”

Sebelum ini ada desas-desus beberapa hari lalu tentang komplot membunuh Duterte. Ia diburukkan lagi dengan siri serbuan terhadap rangkaian dadah negara itu yang sudah meragut 2,000 nyawa sejak beliau menjadi presiden.

Ditanya tentang ancaman ugutan bunuh terhadap presiden yang baharu dilantik pada 30 Jun lalu menggantikan Benigno Aquino III, jurucakapnya, Ernesto Abella berkata: “Itu sarapan pagi beliau, ia bukan sesuatu yang baharu.”

Letupan bom berlaku sekitar 10.30 malam (sama waktu Malaysia) di sebuah pasar malam di luar Hotel Marco Polo, yang sering dikunjungi Duterte untuk mengadakan mesyuarat bagi kempen pilihan raya sebelum ini. – Reuters

Tags: FilipinaRodrigo Duterte
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd