• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Tampin & Jelebu Selasa Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Tampin dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi Selasa ini (6 Sept) berikutan kerja-kerja pencucian kolam dan penyelenggaraan loji rawatan air.

Menurut kenyataan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) hari ini, gangguan di kawasan Tampin membabitkan Kem Syed Sirajudin, Dataran Satria, Felda Bukit Jalor, Taman (Tmn) Pinggiran Felda, Pekan Air Kuning/Parit Buluh, Tmn Semarak, Tmn Sri Air Kuning, Tmn Air Kuning, Kampung (Kg) Baru Air Kuning, Air Kuning Selatan/Kg Mantai, Jalan (Jln) Gemas, Jln Mahkamah, Tmn Molek, Rumah Rakyat Gemas, Tmn Desa Permai Gemas, Tmn Gemas Jaya, Tmn Sahabat, Tmn Sentosa, Tmn Gemas Setia dan Tmn Desa Bakti.

Rumah Murah Gemas, Tmn Damai Gemas, Kg Sri Gemas, Tmn Armani, Jalan Tok Sulong, Kg Melayu Bukit Masjid, New Village Gemas, Pekan Gemas, Tmn Gemas Indah, Keretapi Tanah Melayu (KTM) Gemas, Tmn Sungai Gemas, Kg Ladang Gemas, Kg Bangkahulu, Kg Ulu Ladang, Kg Londah, Tmn Halacara Baru, Tmn Pasir Besar, Kg Pasir Besar dan Kilang Getah Pasir Besar turut terjejas.

Di Jelebu pula, kawasan yang terlibat ialah Ladang Jelebu, Tmn Sri Kenaboi, Bukit Kempas, Felda Titi, Jalan Hosapa, Desa Permai, Rumah Murah Hosapa, Tmn Mawar, Jln Besar Kim Loong, Jln Lama Titi, Jln Mah Fong, Jln Siow Piong Kiow, Jln Sungai (Sg) Rotan, Rumah Rakyat Sg Rotan, Penjara Titi, Perikanan Titi, Sg Muntoh, Kg Puom, Kg Chennah dan Kenaboi.

Menurut kenyataan itu lagi bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.

Kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Tags: bekalan airNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api  – Zahid

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api – Zahid

26/09/2026
0

MELAKA - Jangan terburu-buru melabel mana-mana pihak sebagai derhaka atau biadab sebelum memahami kedudukan dan tanggungjawab setiap institusi yang terlibat...

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

26/09/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd