• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Kagum Kecantikan Isteri Sultan Selangor

oleh AK-47
02/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA gembira yang dikongsikan kepada rakyat jelata mengenai pernikahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan penyampai berita, Norashikin Abdul Rahman, kini menjadi topik hangat menerusi laman sosial.

Sejak diumumkan pagi tadi, ramai netizen mula berkongsi pelbagai gambar berkaitan dengan pasangan yang baharu diijabkabulkan pada 31 Ogos lalu di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Antara perkara yang diperkatakan adalah kecantikan Norashikin yang kelihatan anggun dan bergaya walaupun telah berusia 45 tahun.

“Pandai Tuanku pilih. Cantik sangat,” kata Amalina Izazi dalam akaun Twitternya.

“She is one of the classy woman no wonder Sultan berkenan…her personality is amazing..mohon jangan jeles wanita-wanita Malaysia,” kata Roslam Akmad dalam akaun Facebooknya.

Netizen Kagum Dengan Kecantikan Isteri Sultan Selangor

Netizen nampaknya mengagumi kecantikan Norashikin yang mengekalkan kecantikan selain mempunyai personaliti yang menarik.

Ucapan tahniah daripada netizen tidak berhenti-henti sejak berita gembira ini diumumkan. Semuanya mengucapkan tahniah dan berdoa supaya pasangan diraja ini kekal bahagia hingga ke syurga.

Rakyat dari negeri lain juga sama mengucapkan tahniah. Antaranya; “Wow……bez da jak ada sultan dan permaisuri yang cantik, PINJAM SULTAN BOLEH.. HEHE.. SARAWAK SEKDA RAJA.. HUHU…. Kamek orang sarawak tumpang gembira juak pada TUANKU DAN PERMAISURI…. SEMOGA HIDUP BERKEKALAN HINGGA KE JANNAH… AMIN,” kata Awang Mohd. Shariman dalam akaun Facebooknya.

Rakyat Selangor turut menerima ucapan tahniah daripada netizen susulan pernikahan ini kerana mendapat Sultanah selepas sekian lama.

Pernikahan ini adalah kali ketiga Sultan Selangor selepas mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal pada 1968 tetapi bercerai pada 1986 dan kemudian mengahwini Puan Nur Lisa Abdullah (warganegara Amerika Syarikat) tetapi berpisah pada 1997.

Baginda mempunyai dua puteri dan seorang putera iaitu Tengku Zerafina, Tengku Zatashah dan Tengku Amir (kini Raja Muda Selangor).

Sementara itu, Norashikin yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).

Bekas pramugari Malaysia Airlines ini pernah berkahwin dengan Mustapha Kamal Halim, seorang juruterbang Etihad Airlines dan dikurniakan dua orang cahaya mata. – MYNEWSHUB.CC

Tags: penyampai beritaRTMSultan Selangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

20/05/2026
0

SHAH ALAM - AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan beliau amat menghormati dan sentiasa mematuhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd