• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Haiwan Liar RM2 Juta Dirampas, 12 Lelaki Ditahan

oleh Ahmad Albab
02/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga China yang pernah ditahan atas kesalahan menyeludup gading gajah empat tahun lalu sekali lagi dicekup pihak berkuasa atas kesalahan sama, bersama 12 yang lain.

Pada 2013, suspek yang berusia 54 yang cuba menyeludup keluar gading gajah dari negara ini ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dikenakan denda RM200,000, namun individu ini masih tidak serik untuk menjalankan aktiviti berkenaan.

Ketua Pengarah Perhilitan, Abdul Kadir Abu Hashim berkata kesemua lelaki yang merupakan anggota sindiket itu ditahan hujung bulan lepas dalam lima serbuan di bawah Op Chameleon yang merupakan operasi dan pertukaran maklumat bersama sebuah badan pertubuhan yang dikenali sebagai Wildlife Justice Commission.

“Turut dirampas ialah beberapa bahagian haiwan liar termasuklah gading gajah, taring harimau, paruh burung enggang, hempedu beruang, kulit harimau, taring harimau, kuku beruang dan sisik tenggiling yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM2 juta yang merupakan rampasan terbesar setakat ini tahun ini.

“Ia dipercayai untuk dijadikan bahan perubatan dan perhiasan. Sebanyak 111 batang gading gajah dirampas dalam serbuan kali ini dan kita percaya gading itu adalah spesies gajah Afrika ekoran saiznya yang besar dibandingkan dengan gajah tempatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Abdul Kadir, kesemua barang rampasan akan dihantar ke Jabatan Forensik Perhilitan untuk siasatan lanjut termasuk mengenal pasti dari mana bahagian badan haiwan itu diperoleh.

Beliau berkata dalam serbuan pertama pada Khamis lepas di sebuah rumah di Sungai Buloh, pihaknya merampas 58 batang gading gajah, sebatang taring harimau yang disimpan dalam beberapa kotak yang dipercayai untuk seludup.

“Dalam serbuan itu, dua lelaki tempatan berusia 51 dan 54 tahun ditahan.

Dalam serbuan kedua pada hari yang sama kira-kira 6.30 petang di sebuah premis perindustrian di Rawang, Selangor, kami turut menahan dua lelaki warga China berusia 54 tahun dan merampas 53 batang gading gajah.

“Dalam serbuan ketiga di sebuah rumah di Jalan Ipoh di sini pada 6.30 petang Jumaat lepas, satu beg sisik tenggiling, dua bungkus bes plastik mengandungi tulang dan tengkorak dipercayai daripada harimau, satu kepala burung enggang, 45 bahagian paruh dipercayai spesis burung enggang yang telah dipotong dirampas,” katanya sambil menambah tiada tangkapan dilakukan dalam serbuan berkenaan.

Dalam serbuan keempat di sebuah rumah di Taman Prima Puchong, Selangor, 1 pada petang Selasa lepas, pihaknya merampas kotak berisi aksesori perak diperbuat daripada hidupan liar, lapan batang taring harimau, 21 kuku beruang, dua taring harimau, dua kulit harimau selain menahan tujuh lelaki warga Vietnam berusia lingkungan 22 hingga 33 tahun, katanya.

Dalam serbuan terakhir pada 1.30 pagi Rabu lepas di sebuah permis perindustrian di Taman Perindustrian OUG, Jalan Puchong, seorang lelaki Vietnam berusia 24 tahun ditahan dan pihaknya merampas 14 unit hempedu beruang, satu aksesori rantai daripada gading gajah, satu kuku beruang dan satu kuku taring harimau.

Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 68 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak lebih daripada RM500,000 dan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun.

“Setiap anggota badan haiwan yang dirampas itu mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Contohnya sisik tenggiling boleh digunakan sebagai ubat tradisional untuk penyakit kulit manakala taring harimau, gading gajah dan kuku harimau digunakan sebagai aksesori,” katanya.

Abdul Kadir juga menambah sindiket itu juga dipercayai mempunyai rangkaian besar dan dalangnya masih dalam buruan pihaknya.

Katanya urusan jual beli dilakukan melalui laman sosial seperti Facebook bagi mengelak daripada dikesan pihak penguat kuasa.

“Kita juga percaya gading gajah itu untuk dieksport ke Vietnam dan China, mungkin juga untuk pasaran tempatan. Apa-apa pun siasatan masih dijalankan, ” katanya. – BERNAMA

Tags: haiwan liarPerhilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

12/08/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 2,300 insiden haiwan liar mati dilanggar kenderaan atau roadkill direkodkan di negara ini bagi tempoh 2020 hingga 2024,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd