• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO S’gor Mahu SPR Laksanakan Persempadanan Semula

oleh Ahmad Albab
02/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ketua UMNO bahagian di Selangor berpendapat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melaksanakan apa yang disebutnya sebagai persempadanan semula kawasan pilihan raya yang telah lama tidak dijalankan.

Ketua UMNO Bahagian Pandan Datuk Mohd Haniff Koslan berkata beberapa kawasan Parlimen di Selangor mempunyai jumlah pengundi yang mencecah ratusan ribu.

“Pengundi semakin bertambah, tidak elok contohnya satu Parlimen pengundinya sampai ratusan ribu, kita boleh pecah kepada dua atau tiga, malah ada pula kawasan yang bilangan pengundi kurang daripada 30,000.

“Jika jumlah pengundi itu terlampau banyak ia akan membebankan wakil rakyat dan akhirnya mereka tidak dapat menjalankan kerjanya dengan baik,” katanya kepada Bernama di sini.

Kali terakhir persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003 dan ia sepatutnya diadakan semula pada 2011 namun ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), yang diadakan tahun lepas.

Antara kawasan Parlimen yang didapati mempunyai jumlah pengundi lebih daripada 100,000 sewaktu PRU13 di Selangor adalah P98 Gombak dengan jumlah keseluruhan pengundi yang dicatat 123,290, P97 Selayang (105,895), P101 Hulu Langat (127,347), P102 Serdang (133,139), P107 Subang (128,543), dan P109 Kapar (144,159).

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata ada kawasan Parlimen yang tidak mengalami pecahan walaupun jumlah pengundi lebih daripada 90,000 orang sewaktu proses persempadanan semula dilaksanakan pada 2003.

“Sebagai contoh yang kita lihat di Parlimen Gombak, pada 2003, untuk kawasan Gombak tidak berlaku pecahan sewaktu persempadanan semula sedangkan jumlah pengundinya ramai, jadi akibatnya jumlah pengundinya bertambah sehingga kini dan terlampau besar sampai mencecah ratusan ribu.

“Penduduk di setiap Parlimen bertambah malah kali terakhir kita menjalani persempadanan semula ialah pada 2003, cuba bayangkan sekarang sudah 2014,” katanya.

Ditanya mengenai peningkatan jumlah pengundi di Parlimen Ampang, Ismail menegaskan di Parlimen Ampang, peningkatan itu tidak begitu ketara malah jumlah pengundi di Parlimen itu hanya sekitar 85,000. – BERNAMA

Tags: SPRUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

29/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa hairan dengan parti Bersatu. Menurut beliau, Bersatu menjadikan...

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berhak menentukan sendiri bentuk kerjasama politik yang mahu dibentuk pada peringkat negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd