• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tangga Ke-25 Penyebaran Perisian Hasad

oleh
01/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berada pada kedudukan ke-25 dunia dalam penyebaran perisian hasad, iaitu perisian bertujuan merosakkan atau melumpuhkan komputer dan sistem komputer pengguna web, menurut laporan terkini Kaspersky Lab.

Pengarah keselamatan perisian antarabangsa kumpulan APAC Global Research and Analysis Team, Vitaly Kamluk berkata daripada 283,799 laman web diserang perisian berniat jahat yang dikesan di seluruh dunia antara Jun dan Ogos tahun ini, 0.21 peratus adalah dari Malaysia.

“Amerika Syarikat kekal mencatat jumlah tertinggi laman web diserang perisian berniat jahat dengan 32.02 peratus, diikuti Rusia (11.09), Jerman (10.18), United Kingdom (6.60) dan Belanda 6.44 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk terbaru kumpulan itu, ‘The Kaspersky Anti Targeted Attack Platform and Kaspersky Intelligence Security Services’ di sini hari ini.

Beliau berkata hasil penyelidikan mendapati serangan siber itu disebabkan oleh komputer hos yang seterusnya akan melumpuhkan sistem komputer.

Beliau juga menggesa syarikat-syarikat dan organisasi tempatan agar lebih berhati-hati kerana dijangkakan terdapat peningkatan terhadap insiden serangan siber terutama di rantau ini, ekoran individu-individu terbabit lebih matang dalam melakukan serangan siber seumpama itu.

“Kami menjangkakan sektor kewangan mungkin menjadi sasaran utama serangan siber yang dilakukan kumpulan penjenayah asing, dan pengembangan insiden sabotaj siber oleh entiti yang berniat jahat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kaspersky LabMalwarePerisian Hasad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd