NAIROBI – Lapan pegawai polis terbunuh, sementara 12 anggota yang lain masih hilang dalam serangan terbaru di utara Kenya, menurut polis negara berkenaan, pada Sabtu.
Pegawai polis yang masih hilang sejak Jumaat, dipercayai diserang hendap ketika mereka menjalankan operasi keselamatan di kawasan Tasik Turkana.
Penyerang telah bertindak membakar tiga kenderaan polis, sumber polis turut menyatakan kemungkinan mereka yang masih hilang itu sudah meninggal dunia.
Jurucakap polis, Gatiria Mboroko mengesahkan serangan itu berlaku di kawasan Kapedo namun tidak dapat memberi maklumat lanjut, dengan alasan berdepan masalah komunikasi dengan pihak polis di lokasi insiden.
Anggota polis tambahan juga sudah dikerah untuk ke lokasi kejadian bagi membantu operasi mencari selepas insiden serangan terbaru itu.
Dua tahun lalu, lebih daripada 40 pegawai polis terbunuh selepas mengejar pencuri ternakan lembu kira-kira 100 kilometer di sebelah selatan negara berkenaan, satu serangan yang belum pernah terjadi di negara Afrika timur itu.
Minggu lalu, lima orang, termasuk tiga pegawai polis terbunuh dalam serangan di kawasan Kapedo.
kekurangan bekalan air dan kawasan ragut telah memburukkan konflik antara masyarakat di kawasan berkenaan yang majoritinya dihuni petani pindah. -AFP

