• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Bantu Golongan Muda Berkaitan Pinjaman Perumahan

oleh Ahmad Albab
01/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan satu skim baharu sebagai pemudahcara urusan pinjaman antara pembeli rumah pertama dan institusi perbankan dalam Bajet 2017, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata kementerian sedang mengadakan perbincangan dengan Bank Negara, Malayan Banking Bhd. (Maybank), CIMB Group, RHB Bank Bhd. dan AmBank Group bagi mengkaji mekanisme terbaik bagi pelaksanaan skim itu.

Beliau berkata skim itu bertujuan membantu pembeli rumah pertama, khususnya golongan muda dan lepasan universiti atau baharu mendapat kerja untuk mendapatkan pinjaman penuh bagi pembelian rumah berharga RM300,000 ke bawah.

“Walaupun kerajaan menyediakan deposit RM30,000 (di bawah Skim MyDeposit) bagi rumah berharga RM300,000, tetapi dengan deposit itu mereka masih perlu meminjam RM270,000 dan bank hanya boleh berikan pinjaman RM200,000 sahaja mengikut gaji bulanan mereka, jadi di sini yang kita hendak bantu.

“Skim ini dijangka akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2017 nanti,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Sistem Rumah Mesra Rakyat (RMR) Online, Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad.

Terdahulu, Johari berkata SPNB setakat ini telah menyiapkan 36,013 unit RMR1M, dan 1,921 unit lagi masih dalam pembinaan manakala 254 unit dalam peringkat dokumen perjanjian.

Pada majlis itu, SPNB melancarkan sistem terbaru iaitu Sistem RMR Online sebagai alternatif bagi memudahkan pemohon memohon dan menyemak status terkini serta dapat melengkapkan dokumentasi secara dalam talian. – BERNAMA

Tags: beli rumahBelia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd