• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebab Taik, Bapa Tergamak Seterika Muka, Kemaluan Anak

oleh AK-47
01/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG bapa dari Lagos, Nigeria tergamak melakukan kekerasan dengan menyeterika muka dan kemaluan anak perempuannya yang berusia lima tahun, baru-baru ini.

Semuanya tercetus hanya kerana si anaknya itu membuang air besar di atas lantai sehingga menyebabkan bapanya ‘naik hantu’ melakukan jenayah tersebut.

Suspek, Surakat Idowu bagaimanapun telah berjaya ditahan pihak polis tempatan di negara Afrika tersebut.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu tinggal bersama-sama bapanya selepas ibu bercerai lebih tiga tahun lalu.

Jiran yang menyaksikan insiden itu kemudiannya telah mendail talian kecemasan sehingga membawa kepada penahanan Surakat; 45.

Susulan ‘serangan’ itu, budak perempuan itu melecur teruk di bahagian muka sementara kemaluannya membengkak.

Bapa Tergamak Seterika Muka, Kemaluan Anak
Keadaan mangsa yang melecur teruk di muka dan kemaluan gara-gara diseterika bapanya.

Saksi yang menceritakan kejadian itu berkata: “Suspek yang bekerja sebagai mekanik telah menyuruh anaknya membuang tahi beraknya ke dalam mangkuk tandas yang terletak di belakang rumah mereka.

“Namun disebabkan licin, budak itu tertumpahkan tahinya ke atas lantai. Suspek yang berang kemudiannya mengambil seterika dan memukul serta menekap seterika di bahagian muka dan kemaluan mangsa,” jelas saksi.

Kanak-kanak itu kini dirawat di sebuah hospital berdekatan berikutan kecederaan melecur yang dialaminya dan berkemungkinan besar akan dipelihara oleh pihak jabatan kebajikan tempatan selepas ini.

Bapanya pula akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat selepas semua bukti berjaya dikumpulkan pihak pendakwa raya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JenayahNigeria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd