• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Sah Dijangkiti Virus Zika, Kes Pertama di Malaysia

oleh AK-47
01/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang wanita tempatan yang berusia 58 tahun dipercayai muncul sebagai pesakit pertama dijangkiti virus Zika di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, wanita yang tinggal di Klang, Selangor itu merupakan ibu kepada pesakit yang disahkan dijangkiti virus Zika di Singapura.

Katanya, wanita tersebut bersama-sama suaminya melawat anak mereka di Singapura  pada 19 Ogos lalu dan pulang ke negara dua hari kemudian.

Menurutnya, selepas sembilan hari berada di dalam negara, wanita tersebut mendapat gejala ruam dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh.

Katanya, hasil pemeriksaan ujian kencing pesakit menerusi proses polymerase chain reaction (PCR) semalam, hasilnya adalah positif untuk virus Zika, manakala ujian darah pesakit masih menunggu keputusan.

“Punca jangkitan disyaki berlaku di Singapura yang mana hari pesakit mula mengalami tanda-tanda Zika adalah sama hari dengan anaknya mula sakit di Singapura.

“Suami pesakit dan ahli keluarga yang tinggal serumah bersamanya, sehingga kini masih belum menunjukkan simptom jangkitan Zika,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga kini, lima rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Singapura disahkan dijangkiti virus Zika. Dalam tempoh 27 Ogos hingga semalam, terdapat 115 kes dilaporkan di Singapura.

“Oleh kerana perebakan jangkitan virus Zika adalah cepat, pemantauan dan aktiviti pencegahan Aedes diteruskan serta tingkatkan di semua negeri terutama negeri Johor dan Selangor,” katanya kementerian akan melupuskan nyamuk Aedes di kawasan perumahan wanita itu di Taman Botanik, Klang..

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk fokus kepada membersihkan tempat-tempat pembiakan Aedes, melindungi diri dari gigitan nyamuk Aedes dan mendapatkan pemeriksaan awal sekiranya terdapat tanda-tanda seperti demam, ruam dan conjunctivitis.

Individu yang telah melawat negara yang mempunyai jangkitan Zika dinasihatkan untuk tampil membuat pemeriksaan segera apabila mengalami sebarang simptom awal virus Zika. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kementerian Kesihatanvirus zika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harjeet Singh Dilantik KSU Kementerian Kesihatan

11/04/2022
0

PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan , Datuk Harjeet Singh dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU), kementerian berkenaan yang...

Belanjawan 2021 Kementerian Kesihatan Lulus

09/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diluluskan Dewan Rakyat, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd