• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Ubat Nyamuk Laris Susulan Zika Singapura

oleh
31/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Penjualan produk pencegah nyamuk naik mendadak di seluruh Singapura sejak berita mengenai jangkitan tempatan pertama virus Zika dilaporkan minggu lalu, lapor agensi berita MediaCorp pada Rabu.

Para peniaga yang ditemui memberitahu bahawa penjualan item-item berkenaan ubat nyamuk laris apabila naik seganda atau mungkin sebanyak dua kali ganda, walaupun kebanyakan cawangan mereka masih lagi mempunyai stok bekalan cukup.

Di rangkaian kedai ubat terkenal Unity Pharmacy, penjualan penyembur serangga, pelekat, gelang, losen dan sepit pencegah nyamuk naik dua ganda di semua 59 buah cawangannya di republik tersebut, sejak laporan kes Zika disiarkan pihak media.

“Kami lebih kerap isi semula item antinyamuk di cawangan. Dulu purata cuma sekali dalam dua minggu, kini kami kena isi semula setiap hari demi permintaan tinggi,” ujar jurucakap NTUC Health yang mengendalikan Unity Pharmacy.

Syarikat tersebut sedang bekerjasama dengan para pembekal bagi memastikan bekalan mencukupi di kedai-kedai dan gudang, tambah beliau malah berkata: “Harga barang ini juga kekal sama dan dibiarkan mampu dibeli melalui promosi kedai.”

Rangkaian farmasi Watsons yang mempunyai lebih 100 buah kedai di negara pulau kecil tersebut menyatakan bahawa penjualan produk-produk pencegahan nyamuk turut dilaporkan naik seganda di semua cawangannya atas permintaan pelanggan.

Di empat daripada kedainya di kawasan Aljunied Crescent dan Sims Drive – tempat pertama kes Zika dikesan – penjualan produk itu juga naik mendadak, bekalan baharu sedang dihantar ke sana, kata Pengurus Besar, Dominic Wong.

Baca: Mangsa Hairan Singapura Gagal Kesan Virus Zika

Jualan Ubat Nyamuk Laris Susulan Zika Singapura

Setakat ini, Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan mengesahkan jumlah kes jangkitan virus zika di republik itu kini meningkat kepada 82 orang termasuk 26 kes di Aljunied, iaitu yang paling banyak dilaporkan.

Mula dikesan di benua Afrika dekad 1960-an, virus Zika yang dibawa nyamuk aedes dikaitkan dengan serangan terhadap sel otak janin serta mengakibatkan mikrosefali, iaitu saiz kepala bayi menjadi lebih kecil daripada biasa dan otak kurang terbina.

Satu lagi rangkaian farmasi Guardian menyatakan penjualan produk sedemikian naik 100 peratus pada minggu lalu, sementara penjualan di kedai-kedai yang berada di kawsan terjejas Zika melonjak sekitar 300 peratus pada masa yang sama.

Antara pelbagai jenis produk pencegahan nyamuk, pelekat dan gelang merupakan produk yang lebih kerap dibeli, menurut peruncit. Ini kerana ia dianggap “lebih selamat bagi golongan wanita hamil dan kanak-kanak,” jelas mereka lagi.

Watsons malahan menyatakan pelekat terkenal dalam kalangan pelanggannya manakala Unity Pharmacy mendapat penjualan lebih tinggi dan lebih banyak pertanyaan pelanggan terhadap produk antinyamuk berbentuk pelekat dan gelang.

Guardian turut terpaksa menambah semua produk pencegahan nyamuk, termasuk pelekat, ubat sembur dan losen kerana ‘kerap diminta pelanggan’, dengan pelekat menjadi item paling banyak dibeli susulan belum ada lagi ubat untuk virus itu.

Rangkaian farmasi tersebut bahkan sudah merancangkan penghantaran kecemasan kepada kedai-kedai utama bagi mengisi semula bekalan ubat-ubat itu jika didapati habis dalam masa singkat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: NyamukSingapuraZika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd