• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Belang Hiasi Ikon Google Doodle

oleh AK-47
31/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSEMPENA Hari Kebangsaan 2016 yang disambut oleh Malaysia pada hari ini, laman enjin pencarian terkenal iaitu Google melancarkan ikon Google Doodle khas.

Menerusi enjin pencarian itu, ikon Google Doodle menampilkan kelainan dengan memaparkan dua ekor spesies Harimau Malaya atau harimau belang yang menggantikan huruf ‘O’ pada perkataan Google.

Menurut pihak Google, pemilihan harimau belang itu adalah untuk melambangkan sebuah negara yang teguh dan dinamik, selain ciri-ciri haiwan pemangsa itu yang terkenal dengan sifat keberaniannya.

“Sukar untuk mencari binatang yang lebih hebat daripada harimau.

“Ia amat sesuai bahawa Harimau Malaya dipilih sebagai haiwan kebangsaan Malaysia, sebuah negara yang teguh dan dinamik,” katanya.

Harimau Belang Hiasi Ikon Google Doodle

Ikon Google Doodle ini akan berubah dari masa ke masa mengikut kesesuaian peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.

Pada tahun lalu, bersempena Hari Kebangsaan Malaysia 2015, pihak Google Doodle menampilkan Teh Tarik dan bendera kebangsaan Malaysia.

Manakala tahun-tahun sebelum ini pihak Google turut menampilkan corak bunga raya, gasing, dan layang-layang.

Harimau Belang Hiasi Ikon Google Doodle

Selain Hari Kebangsaan, beberapa ikon terkenal tanah air juga pernah menghiasi Google Doodle ini, antaranya pengarah dan penulis skrip, arwah Yasmin Ahmad pada hari jadinya yang ke-56 dan juga lagenda bola sepak negara iaitu Mokhtar Dahari pada ulang tahunnya yang ke-61. – MYNEWSHUB.CC

Tags: googleharimau belang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perhilitan Giat Kesan Harimau Belang Di Kampung Orang Asli Sungai Choh

Perhilitan Giat Kesan Harimau Belang Di Kampung Orang Asli Sungai Choh

03/01/2025
0

IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak masih meneruskan usaha mengesan harimau belang yang dipercayai menyerang...

Pemandu Lori Langgar Mati Harimau Belang Belum Buat Laporan Polis

Pemandu Lori Langgar Mati Harimau Belang Belum Buat Laporan Polis

11/11/2024
0

IPOH: Pemandu lori yang melanggar mati harimau belang di Kilometer 67.1 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd