• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 Sept Tarikh Sebutan Semula Kes Bunuh Bill Kayong

oleh Ahmad Albab
30/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Mahkamah Majistret di sini menetapkan 23 Sept sebagai tarikh bagi sebutan semula kes dua suspek yang dituduh membunuh Setiausaha PKR Bill Kayong.

Pendaftar Mahkamah Rendah Nuur Hafiza Yatim membuat keputusan itu atas permintaan pihak pendakwa.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Mohd Abdullah memberitahu mahkamah bahawa beliau belum menerima dokumen yang berkenaan seperti laporan bedah siasat, telekomunikasi, dapatan ahli kimia dan laporan mengenai urusan perbankan.

Pada 15 Julai, Fitri, 29, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, dihadapkan dengan pertuduhan membunuh Bill Kayong di persimpangan lampu isyarat berhampiran E-Mart Supermarket, Jalan Miri-Bintulu pada 8.20 pagi 21 Jun.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lie Chang Loong, 39, juga dihadapkan di mahkamah pada 15 Julai bagi tuduhan bersubahat dengan Fitri dan Chin Wui Chung, 50, serta Datuk Lee Chee Kiang, yang masih bebas, mengikut Seksyen 109, yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Chin, yang merupakan pembantu peribadi Lee, dihadapkan di Mahkamah Majistret semalam.

Polis dikatakan mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan Lee yang dipercayai berada di Australia. – BERNAMA

Tags: Bill Kayong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hakim Diminta Tarik Diri Dari Kes Bunuh Bill Kayong

09/01/2017
0

MIRI - Mahkamah Tinggi Miri hari ini menangguhkan sebutan kes empat orang yang didakwa dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong....

Pembunuhan Bill Kayong, Lelaki Bergelar Datuk Didakwa

14/12/2016
0

MIRI - Seorang lelaki bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majisret Miri di sini hari ini berhubung pembunuhan Setiausaha PKR Bill...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd