• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tan Sri Pengerusi Bank Direman Seleweng RM15 Juta

oleh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pengerusi sebuah bank yang bergelar Tan Sri ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana berkaitan penerbitan sebuah biografi pemimpin negara.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar lelaki berusia 65 tahun itu ditahan reman bermula 30 Ogos sehingga 5 September depan.

Dia dibawa ke kompleks mahkamah di sini pada pukul 9.10 pagi oleh sepasukan anggota dan pegawai SPRM sebelum dibawa keluar kira-kira pukul 11 pagi selepas perintah reman diperoleh.

Beliau merupakan individu ketiga dari bank yang sama dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan berhubung kontrak penerbitan buku bernilai RM15 juta.

Lelaki itu tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur sebelum dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya dan ditahan pada 3 petang semalam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata semalam, akaun bank Tan Sri itu mengandungi wang hampir RM1 juta telah dibekukan.

Sementara itu, mahkamah yang sama membebaskan pengarah urusan bank tersebut bergelar Datuk dan tiga lagi individu daripada tahanan reman hari ini selepas SPRM melengkapkan proses siasatan terhadap mereka.

Tiga mereka termasuk bekas pengarah perolehan bank tersebut dan dua pemilik syarikat penerbitan dibebaskan oleh Mahkamah Magistret di sini selepas siasatan terhadap mereka selesai.

Semuanya disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 melibatkan kesalahan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan berkaitan kes penyelewengan dana RM15 juta.

 

Setakat ini, tujuh individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes tersebut dan empat daripada mereka dibebaskan hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd