• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adi Putra Tunai Haji Dengan Isteri Pertama

oleh
30/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Adi Putra berangkat ke tanah suci Makkah pada Isnin bersama-sama dengan isteri pertamanya bagi menunaikan ibadah fardu haji.

Adi, 35 tahun; turut memuat naik gambar beliau dengan isterinya itu, Aida, 41 tahun; menerusi laman Instagram beliau pagi 29 Ogos, menurut laporan Berita Harian.

Anak kelahiran Singapura dengan nama penuhnya Mohamed Hadi Putera Halim turut memohon agar segala salah dan silapnya dimaafkan.

Sebahagian peminat melahirkan rasa bersyukur dan mendoakan semoga urusan pasangan itu berjalan lancar memperoleh haji mambrur.

“Assalamualaikum, kami mohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya ada kesalahan dan kesilapan. Dan kami ambil kesempatan di tanah suci untuk mendoakan kepada semua,” menurut catatan beliau.

Adi Putra Tunai Haji Dengan Isteri Pertama

Mereka berdua merupakan antara kira-kira 700 rakyat Singapura yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi menerusi kuota haji umat Islam warga republik tersebut.

Dalam pada itu Aida atau nama penuhnya Zuhaida Yusof turut dipuji kerana masih setia dan tenang di sisi Adi, meskipun suaminya baru sahaja mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Sebelum ini, Adi mencetuskan kontroversi apabila tersebar gambar beliau bernikah dengan seorang penjawat awam wanita yang bernama Norshahida Zolkafly, 33 tahun; pada 20 Jun lalu.

Semasa mengadakan sidang media khas di sini baru-baru ini, Adi mengaku sudah pun bernikah buat kali kedua.

Namun, tidak lama selepas itu, isteri keduanya dilaporkan antara 28 orang yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ADI PUTRA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Bila Kali Terakhir Kamera Pecah?”- Adi Putra

17/12/2017
0

KALAU sebelum ini, kita digemparkan mengenai kontroversi melibatkan pelakon, Neelofa yang menegur sikap 'biadap' wartawan kerana menerbitkan artikel tidak berasas....

Janda Dedah Adi Putra Palsu Sijil Nikah Mereka

09/12/2017
0

SEREMBAN - Bekas isteri kedua Datuk Adi Putra, Norshahida Zolkifly membuat laporan polis di sini baru-baru ini, mendakwa pelakon itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd